Selamat Tinggal 2010

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, December 31, 2010 | 0 comments »

Selamat Datang 2011

Semasa aku menaip coretan ini tahun 2010 bakal meninggalkan aku dengan seribu kenangan pahit dan manis bersama 2010. Tinggal 22 minit lagi tahun baru 2011 akan muncul menjanjikan seribu pengharapan.

Dalam dok melayan ironman2 di TV3 selepas menonton Mercury Rising di AXN, aku luangkan masa untuk mencoret kenangan aku sepanjang 2010. Tentunya banyak kejayaan dan juga kegagalan aku dalam bidang internet pada tahun 2010 ini. Kegagalan paling besar aku ialah kehingangan modal hampir usd250.00 bila aku membuat transaksi forex. huhh... dekat RM800 tu duit aku terbang gitu je.

Aku juga gagal dalam projek npn dimana aku menyertai teamswellnpn yang menjanjikan profit dalam masa sebulan. Aku join 21 hb oktober dan mengikut perjanjian aku akan ada 2 downline dalam sebulan. Namun semua palsu sehinggakan nak masuk bulan ke-3 21 disember sorang downline aku tak dapat. Kat sini saje aku loss usd24.00 bayaran untuk 2 bulan.

Aku juga rugi rm70 dalam bisnes tunetalk. Kos utk tunetalk ialah rm70 utk starterpack dan aku tak dapat cari sorang pun downline. Aku feedup dan berhenti rugi lagi rm70.00 Memang aku ni takleh buat bisness mlm atau networking. Itu belum dikira dengan kos bayaran broadband aku setiap bulan. Ntahla... Tapi aku masih ada satu program lagi.. dok teruskan incremntalcash... dah 3 bulan join dan aku target setahun aku nak tengok perkembangannya kerana modalnya pun kecik usd2.75 sebulan.

Awal Nov aku join neobux dan seminggu lepas tu aku join pulak onbux. Kedua benda FREE aje dan aku tak bayar sesen pun. Anganku ialah aku boleh jadikan benda dua ekor ni mesin duit aku untuk aku dapat balik modal yang aku hilang tahun 2010 ni. Namun hasilnya mungkin baru boleh nampak hujung 2011 kelak. Aku target untuk buat neobux dan onbux ni setahun dan aku nak tengok sejauh mana dia boleh pegi. Jika berjaya aku dapat balik duit aku yang hilang tu alhamdullillah, jika tak takde rezeki lagi la nampaknya. Setakat ini aku dah dapat sewa 9 orang untuk neobux dan 6 orang untuk onbux. Tahun depan aku target nak sewa 100 orang untuk neobux dan 100 untuk onbux. Jika segalanya berjalan lancar dalam setahun aku dapat ambil balik kerugian aku pada tahun 2010. Itulah harapanku untuk 2011 nihhh

Masa kat komputer aku 2 minit lagi nak habis 2010... ironman pun dah habis, anak aku pun dah tidur.. apa lagi boleh aku coret sementara nak tunggu count down nie... ops aku nak kena coret lagi azam dan anganku untuk tahun 2011 nanti. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 pop pop pop ping brenggggg bunyi bunga api...

Welcome 2011

Coretan Akhir Tahun

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, December 28, 2010 | 0 comments »

Assalamualaikum,

Ya diam tak diam rupanya aku kini dah hujung tahun sangat. Tinggal 3 hari lagi aku akan menerima kedatangan tahun baru masehi 2011. Tahun 2010 akan meninggalkan aku dengan kenangan pahit dan manis. Tahun 2011 akan aku sambut dengan seribu pengharapan.

Ok bercakap tentang 2010 banyak pahit manis aku kecapi bersama famili, rakan sekerja dan kawan-kawan. Kenangan manis bersama famili dimana aku melihat 5 anakku membesar didepan mata dengan sihat sejahtera dan menjalani kehidupan dengan bahagia. Aku suka sangat melihat telatah anakku terutama si bongsu yanag baru belajar bercakap. Seronok sekali mendidik anak perempuanku yang berumur 5 tahun yang cuba belajar a b c. Yalahhh masa awal tahun masa aku nak hantar tadika tak nak.. menangis-nangis, meronta-ronta tak nak sekolah. Ha lepas tu mula la nak belajar risau latu takut nanti bila bukak sekolah minggu depan kawan lain dah kenal huruf, awaktu tak tau apa.. tu la kitaorang cuba ajar sendiri taklah dia terkaku nanti.

Bagi anakku ke-3 tahun ini merupakan sekolah tahun 1 bagi dia. Jadi dia dalam transisi dari tadika ke sekolah kebangsaan. Aku nampak dia ok dan rileks je tak banyak kerenah. Walaupun nombor tak berapa baik kira oklah. Anak ke-2 dah darjah 4 semua ok cuba tang badan je... mengalahkan aku. Baju aku pun dia boleh pakai bahagia sangat dia kot,, happy selalu nampaknya. Sekolah pun ok cuma akau azam sorang-sorang supaya dia kurus sikit. Aku tak tau macamana tapi nampaknya kena sediakan jadual senaman selain jadual membaca. Anak sulung aku tahun ini upsr keputusan pun dah keluar. Dia dapat 5A tapi rezeki tak ada nak ke asrama. Jadi dia sekolah kat taman kami sajalah. Yang bestnya jugak baru tahun ini dia bersunat. Biasalah orang kampong aku diaorang sunat bila darjah enam sama cam aku dulu. Cuma bila kat sini budak-budak darjah dua pun dah sunat.. tak taulah aku apa mereka nak kejar.. tapi aku masih ikut stail kampong aku sunat bila nak masuk sekolah menengah.

Ok ahun ini juga aku ada kenangan manis dimana aku struktur semula kewangan aku. Kalau sebelum ini dapat gaji bayar hutang aku struktur semula supaya aku dapat menyimpan sebagai bekalan hari tua. Jadi aku perlu menjalankan beberapa tugasan. Antara tugasan aku ialah mendapatkan sehingga 4 kad kredit, buat OD dan refinance rumah aku. Semua tugasan tu aku dah siap melaksanakan. Kad kredit aku ada lima 4 untuk tujuan struktur dan 1 untuk tujuan sendiri. Heran betul aku orang nak potong kad kerana fi rm50 tu tapi aku ada sampai 5 kad free je kena bayar rm250 setahun. OD aku pun dah siap dan diluluskan jadi adalah platform aku untuk struktur semula kewangan aku. Oktober lalu refinance rumah aku siap diman pihak bank telah selesai bayar ke treasury. Pelik jugak kan..semua orang nak loan goverment kerana interest rendah cuma 4 % sahaj sedangkan kalau bank ikut blr. Dengan blr sekarang aku kena 4.4% kalau blr naik naik lagilah interest rumah aku tuh... tak pasal-pasal kan. Tapi tu lah dah nak struktur kewangan aka terpaksa aku buat camtu

OK perihal kerja semua ok je cuma tahun ini aku tak ada keluar negara. Tak macam tahun lepas dan sebelum ini. Paling tidak pun ke Thailand atau Indonesia. Paling jauh aku pergi ke Italy. Negara yang aku dah samapai ialah Jerman, Itali, Australia, Thailand dan Indonesia. Tahun ini cuma ke Johor dan Pahang sahaja. Tapi aku seronok gak kerana naik pangkat he he

OK anak aku pun dah tidur aku cow dulu.. next posting akau cerita azam dan angan aku tahun ini. Wassalam

Projek Buat Duit Free Part 3

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, December 25, 2010 | , | 0 comments »

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Diam tak diam au dah kat hujung tahun 2010. Banyak angan-angan dan impian aku belum tercapai lagi. Ditambah dengan azam rasanya KPI boleh fail tahun ini. Tang kerja tu oklah kerana terdapat peningkatan dari segi kerjaya dan pendapatan. Tang intenet ni satu pun tak tercapai. Tapi takpa aku nak buat azam dan angan-angan baru tahun 2011.


Ya antara angan-angan aku ialah dapat duit percuma tahun 2010 ni. Nampaknya belum berhasil lagi. Yang aku join onbux dan neobux tu baru menjana purata usd0.15 sehari tu belum cukup untuk bayar bil broadband aku sebanyak RM50.00


Aku kayuh pelan-pelan. Dua hari lepas masa aku bercuti kat afamosa Melaka aku dah dapat 9 referral untuk neobux manakala onbux masih 6 orang. Jadi sekarang ni akau dah ada 15 refrral yang akan menjana usd free untuk akau setiap hari. Ni aku ambil screenshhot untuk neobux dan onbux untuk tatapan pelayar setai.











Jadi camtulah ye.. aku hari-hari klik 8 iklan dan dapat usd0.08 sehari dan referral aku seramai 15 orang tu klik jugak tapi bergantung kepada kerajinan merekalah. Tapi best gak sambil layan anak-anak aku boleh dapat duit FREE.


Untuk azam tahun depan ni aku target nak apat usd1.00 ssehari FREE dari onbux dan neobux ni. Kalau geng semua nak duit FREE gak boleh buat macam aku. Klik je banner onbux dan neobux tuh dan start kayuh pelan-pelan tak rugi sen pun.. Kalau kau orang tak klik pun kau orang still surf internet gak kan?? kan

Projek Buat Duit Free Part2

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, December 18, 2010 | , | 0 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi berjumpa lagi dialamaya. Hari ni sabtu nan indah kerna ianya dipenghujung tahun. Hari yang ceria kerana malam tadi kau bukak web anm.gov.my dan tengok payslip. Hhuhhh terkejut gila kerana duit memangku akau dibayar bulan ini 5 bulan sekali gus. He he kembang idung aku.

Cumanya aku seharian jadi babysitter kerana misses aku ada hal pergi kursus. Jadi tunggang langgang la rumah aku hari. Yang tak bestnya puteri aku pulak tak berapa sihat.. jadinya merengek saja, nasib baik adiknya ok. Opppsss. melalut pulak

Bukan itu aku nak ceritakan. Aku nak bagitau step ke-2 aku dalam projek duit FREE nih. So step pertama aku join mesin atm internet seperti part1. Setelah aku dapat kumpul jumlah yang sesuai aku telah sewa referral untuk lebih income. Untuk sewa referral aku kena ada usd0.80 dalam onbux dan juga neobux. Setelah aku join onbux dan neobux dalam tempoh 20 hari aku dah dapat kumpul 80 sen. Dengan duit itu dapat aku sewa 3 referral bagi setiap program, 3 kat onbux dan 3 kat neobux. apa baiknya sewanih? Ya dengan sewa referral aku akan dapat 1/2 sen bagi setiap klik diaorang. Taklah banyak tapi kalau aku ada 100 referral dan setiap referral klik 1 sehari maka akau dapat 50sen sehari olah tu. Pas tu pulak kalau referral ni tak aktif mengelik macam aku maka aku buleh tukar dengan bayaran 6 sen sahaja. Maka aku pun tunggulah referral akau klik dan akau pun klik sekali.

Setelah dapat kumpul 80sen kali kedua maka aku sewa lagi 3 orang referal menjadikan 6 orang. Ohya setiap sewa tempoh di sebulan sahaja tetapi kalau referral klik setiap hari aku boleh extend secara auto referral tersebut. Best kan. Bayar sekali 25sen dan jadi referral aku sampai bila-bila bagi yang aktif. Bagi yang malas aku kena tukar ke referral baru sehingga aku jumpa referral yang bagus.

Bagi neobux 6 referral aku tu telah menghasilkan 149 klik bersamaan dengan 74.5 sen. Tu belum balik modal lagi kerana kos aku sewa diaorang ialah 1.828. jadi aku perlu tunggu lebih lama lagi sehingga referral tu menjana income untuk aku. Untuk onbux mereka menjana 65 klik manakala kos aku ialah 1.50. Kalau ikut situasi ini aku masih dalam keadaan loss. Namun takpa kerana aku baru sewa diaorang 10 hari baru.

So aku cuma dok rileks dan perati referral akau klik. Yang rajin aku simpan, yang malas akau buang ambil yang lain.

Projek Buat Duit FREE Part 1

Posted by Jiddun Toyyib | Wednesday, December 15, 2010 | , | 0 comments »

Assalamualaikum,

Salam semua pengunjung blog aku nih.. he he perasan.. rasanya takdak sorang pun yang melawat bila aku semak stat cuma ada 6 je pelawat.. tu pun aku sendiri he he he
Takpalah aku boleh jadikan ianya cam dairi gak..

So malam ni setelah lebih sebulan aku mendiamkan diri dialam siber maka aku tergerak hati nak tulis pasal duit FREE. Kenapa hehh tak da duit sangat ke kamu nih??? Bukan cam tu duit tu ada dah ada orang nak bagi ambil je lah.. lagipun tak rugi sen pun cuma masa je setiap hari. Kalau tak pasal tu pun akau buang masa gak baca email, komen facebook, layan chat.. lagilah takdak hasil...
Yang aku nak cita nih layan je dan leh dapat duit free lagi kalau betullah.. So aku target nak publish siri ni sampai la 15/12/2011 dan aku nak tengok berapa duit free yang aku dapat dalam setahun tuh...

Jadi ideaanya aku nak guna internet utk dapat duit FREE. Macam-macam dalam internet cuma antara boleh percaya ke tidak saja lah. Jadi untuk task pertama aku dah join 2 program iaitu neobux dan onbux. Tujuan aku ialah sebagai atm la untuk jana duit setiap hari. Banyak ke bro? He he malu la pulak.. 4 sen je so kalau dua program tu akau dapatla 8 sen sehari tu pun kalau aku buat task yang diaorang kasi. 8 sen sehari nak bayar bil streanyx tak lepas brader!!! Tul tu..geng... yang hang dok main sms, email facebook download movie dan benda lain tu ada lepas bayar bil tak juga kan. So aku tak kisah sebulan aku dapat jana cam cucuk atm internet 8 x 30 = usd2.4 (rm7.5) boleh la aku beli gula-gula anak aku.

Projek ni tak akan henti disini sahaja. Aku perlu klik 4 iklan sehari di neobux dan 4 juga iklan di onbux. Tempoh tengok iklan tu cuma 20 s je jadi dalam masa 80 saat aku dah jana 4 sen bagi setiap program. Oleh kerana aku guna multitab browser jadi akau buka 2 program sekali gus. Jadi aku dapat jimat masa disitu. 80 s mnghasil 8 sen sehari. Huhhh besk gak kan

Selamat Menyamut Hari Raya Qurban

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, November 16, 2010 | 0 comments »

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama jugak aku tak mencoretkan sesuatu di alam maya ini. Yalah dalam kesibukan tugas seharian menyebabkan aku sedikit terlupa dengan janji aku sendiri untuk menukilkan sedikit coretan di ruang blog yang tak seberapa ini. Minggu lepas aku sibuk naik turun gunung. Awal jinggu lepas aku panjat Gunung Pulai di daerah Kulai Johor demi tugasan baru. Tugasan tersebut menyeronokkan aku kerana dapat menimba ilmu baru dan menambahkan kefahaman aku dalam bidang aku iaitu pemancar analog tv. Setelah seharian membuat ujian maka pemancar baru telah ditauliahkan.

Selepas turun Gunung Pulai aku balik kajang dan suspens pulak nak menunggu result anak sulung aku izzad yang baru-baru ini telah selesai mengambil upsr. Alhamdulillah anak aku dapat 5A dan terpancar kegirangan diwajahnya. Orang rumah aku pulak asyik berdebar macamlah dia yang periksa. Aku cool sahaja hehh..

Selepas tahu result aku naik pulak gunug Ledang di Tangkak Johor. Ni bukan nak jumpa tuan puteri tapi nak jumpa geng pemancar yang seangkatan dengan Pulai ujian mesti dibuat untuk mengesahkan keupayaan nya demi memastikan audiens dapat menerima siaran dengan baik.

Huhhh itulah aku dalam seminggu ni. Kiranya pengorbanan dalam menjalankan tugas harian demi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Bila masuk opis semalam ada member bagi tahniah tak tau pasal apa. Kemudian dengar-dengar banyak rakan kena transfer ke Sabah dan Sarawak. Katanya nama aku naik jugak tapi tak tahu mana hala tuju. Aku tunggu surat dari semalam dan hari ini belum ada. Jadie tak jadi? suspens lagi!!!

Apapun tugas mesti laksana. Pengorbanan terhadap kerja mesti ada. Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha aku mengingati pengorbanan orang tua aku kat kampong yag membela dan membesarkan aku sehingga aku jadi sebegini. Lepas ni pulak aka kena berkorban untuk anak aku yang 5 orang ini. Pengorbanan boleh dalam bentuk macam-macam. Asalkan ikhlas

Sekian untuk kali ini.

Pengalaman Menyertai IncrementalCash

Posted by Jiddun Toyyib | Monday, November 01, 2010 | | 0 comments »

Salam,

Hobi aku memang banyak sangat. Tapi takleh nak cerita semua tuh.. jadi salah satu hobi masa lapang akau ialah melungsuri internet. Dalam melungsuri internet ni aku suka pegi website yang jenis home base business.. ikut mudah gak cara buat duit dari rumah. Banyak gak aku join ada yang ok ada yang tak ok. Salah satu yang aku join terkini ialah incrementalcash.

Kenapa aku join incrementalcash? Satu kerana kos dia murah cuma usd2.00 sebulan. Kedua produk dia. Aku dapat promosi bisnes yang lain menggunakan incrementalcash ni. Dengan usd2.00 akau dapat 1000 banner impression dan 1000 text link. Aku dapat promosi website lain menggunakan incrementalcash ni.

Tang duit.. ok gak. Kerana incrementalcash menggunakan matrix 3x2 yang senang untuk dipenuhi. Bayangkan dengan hanya 3 downline dibawah dan 3 dibawah mereka aku sudah melengkapkan 1 cycle dan akan pindah ke step seterusnya. Ini boleh diakatakan berdikit-dikit untuk mencapai kejayaan. Namun dengan usd2.00 sebulan semua mampu menyertainya.

Kini dah sebulan aku menyertainya dan aku telah ada 2 dl. Insyaallah akau dalam proses untuk mendapatkan dl ke-3 dan seterusnya membantu 3 dl aku tadi mendapatkan 3 orang bagi setiap mereka.

OK sekian dulu tulisan kali ini. Aku akan kongsi lagi bila aku dapat dl ke-3 nanti..

Tunggu

Siapa Aku?

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, October 28, 2010 | 0 comments »

Salam,

Seperti aku maklumkan semalam, hari ini aku nak ceritakan serba sedikit tentang aku. Aku seorang kampong boy yang diputerakan dalam kesejukan air bah semasa bah merah jauh di Bachok Kelantan dikampong bernama Beris, Wakaf Aik. Aku merupakan putera sulong ayahanda dan bonda aku yang berkerja kampong.

Masa kecik aku telah berpindah ke kampong ayahanda diseberang sungai Kemasin/Semerak di daerah Sador iaitu Kampong Pulau Gajah. Perhubungan antara kampong ayahku dan ibuku menggunakan sampan semata-mata. Di kampong Pulau Gajah aku dibesarkan bersama adik-adik aku seramai 5 orang lagi.

Bila cukop umur nak sekolah ayah menghantar aku ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah dimana aku menerima pelajaran pertamaku. Masa tu mana ada tadika-tadika nih. Semua terus direct masuk darjah satu. Walaupun gitu aku ni agak pintar jugak la kerana boleh mengalahkan anak pegawai kerajaan, ustaz dan cikgu dimana nombor aku semakin naik dari nombor 8,8,6 untuk darjah satu menjadi 4,3,1 bagi darjah dua. Bagi darjah 3-6 aku dah tak ingat dah kerana kalau tak no 1 mesti no 2.

Bila aku darjah 5 aku periksa penilaian darjah 5. Dulu mana ada UPSR dan aku dapat 4A 1 C. huhhh. sedih C tu tentulah bahasa Inggeris. Dalam kelas aku tak ramai cuma 1 kelas dan ada 30 orang murid sahaja.

Bila Tingkatan 1 aku sekolah jauh dari kampong iaitu di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan. Jauh tu kerana aku terpaksa bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap dan mula kesekolah. Pada mulanya ada bas yang masuk kampong aku... menyebabkan aku tunggu bas seawal jam 6.15 pagi. Tapi tak lama selepas itu bas transit tak ada jadi akau terpaksa berjalan kaki dari rumah ke Sabak yang jauhnya hampir 2 km setiap hari untuk naik bas. Tambang bas pakai pas bulanan kos pada masa tu RM21.00. Kami semua naik bas pak nik lah... masatu syarikat dia kecik lagi iaitu mutiara pahim. Tapi sekarang ni dia dah invest ke bas express dengan nama konsortium Mutiara yang buat perjalanan antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Stesen bas dia di Panchor pada masa dulu. Tak tau Pak Nik Lah ni buat lagi ke dak bas sekolah.

Aku masuk tingkatan 1 start dengan kelas 1K2 dan terus ke 2K1 dan 3K1. Bila periksa SRP aku dapat 12 agregat. Jadi tak leh gi kemana terus sambung ke Maktab Sultan Ismail dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. SPM dapat 17 aggerat.

Lepas SPM terus ke Serdang Selangor ambil matrikulasi dan lepas tu buat Ijazah kejuruteraan (Elektronik/Komputer). Graduate tahun 1993 dan 1994 kerja dengan kerajaan sampai la sekarang. Amacam ok tak. Kiranya akau ni dah pangkat pakcik bagi sebilngan pelayar internet nih.. kerana apa yang aku ceritakan ini berkisar dari tahun 70an, 80an dan 90an... maksudnya akau ni dah 40 tahun lebih le... tak gitu pakcik oiii.

Aku mula keraja di Miri Sarawak selama 5 tahun, Kajang 10 tahun dan Johor 2 tahun.. kiranya dah 17 tahun dah aku kerja dengan kerajaan nih. Sekarang menetap di Kajang bersama isteri dan 4 putera dan 1 puteri. Anak sulung baru habis UPSR baru-baru ini dan akan menyusul dengan anak yang lain. So itulah serba sedikit tentang aku... boring atk hehb he he

Coretan Ku Untuk Mu

Posted by Jiddun Toyyib | Wednesday, October 27, 2010 | 0 comments »

Salam,

Kalau melihat tajuk blog ini, gempak gak, macam jiwang-jiwang pun ada. Tapi sebenarnya tujuan akau wujudkan blog coretan2u dialam maya ini saja je nak mengisi waktu terluang sementara penat lelah bekerja. Lantaran itu aku nak coretkan sesuatu apa saja yang terlintas dibenakku.

Coretan2u aku abadikan kepada sesiapa saja yang termengunjungiku kerana mungkin blog ini terpendam amat dalam didasar google dan yahoo.. menyebabkan ianya amat mustahil untuk timbul diaras permukaan. Kepada kamu yang ketemu blog ini, hayatilah coratan ku untuk mu.

Blog yang aku nukilkan ini tidak akan menjadi popular kerana tidak diisi dengan berita sensasi dan cerita hebat. Apa yang ada hanyalah sekelumit coretan semata-mata sekadar luahan aku setelah aku penat mengadap PC setiap hari. Cam kira diari pun bolehlahhh..

Dalam dok mengelamun sendirian maka akan aku coretkan sikit-sikit apa yang aku buat dan pengalaman pahit manis aku. Siapa aku? Nanti aku post siapa aku dalam entri selepas ini.

Jeng...

Bye