Semakan Azam Tahun 2011

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, December 01, 2011 | | 0 comments »

Disember mula menyapa aku ketika air bah pantai timur mulai surut. Gelagat mangsa pindah banjir digegari perhimpunan Agong Umno yang lantang melaungkan hidup umno menyenankkan telinga. Namun ketika inilah aku terpikir apakah azam yang aku tulis seawal Januari tahun berhasil aku genggam atau tidak.
Dengan masa berbaki 30 hari ibarat bermain bola dimasa tambahan yang tidak kecukupan untuk menambah kekurangan azam ibarat main dengan indon. Gimanapun tidak mustahil ibarat Bahrain membenam Malaysia dalam 6 minit sahaja. Apa-apapun boleh berlaku. Jadi kepada pengunjung yang rasa azam belum capai ikutla rasmi malaysia lawan indon atau malaysia lawan bahrain. Anda pikirlah sendiri.
Mungkin ada sesetengah azam aku tercapai dan yang lain mungkin kelaut. Takpe target tinggi-tinggi dapat separuh punoklah daripada tak dapat langsung. Tunggu Januari 2012 dimana aku akan reveal azam dan anganku yang dah berjaya dan yang kantoi.

0 comments