Cara baru Menonton TV

Posted by Jiddun Toyyib | Monday, April 20, 2015 | , , | 0 comments »

Semenjak kecil kita dihidangkan dengan hiburan tv. Bermula era hitam putih yang menyaksikan rumah jiran menjadi mangsa kerana bertukar panggung, sehinggalah tv mewarnai mu. Kita pastinya menghitung hari menunggu siri Combat serta BJ and the bear. Bagi mak mak pastinya tertunggu malam sabtu filem melayu.

Kekangan masa dan hari menonton tv ini membuatkan kita terikat kerana jadual yang telah ditetapkan. Jika ingin mengaji, kita mengubah suai masa bagi membolehkan kedua aktiviti dapat dilakukan. Halangan ini menyebabkan ada rancangan yang terlepas episod menyebabkan alur cerita sudah lari dari landasannya. 

Penggunaan kuasa internet ini memberi nafas baru kepada cara menonton tv. Ini kerana, hiburan sekarang telah dapat disaksikan menerusi telefon bimbit masing-masing. Kehadiran Youtube dalam persada alam maya membolehkan kita mencari episod yang terlepas sebelum ini. Kita dapat menonton siri-siri lama dahulu yang membangkit nostalgia dimana bersama kawan membonceng basikal ke rumah jiran menumpang sekaki menonton tv.

Tidak seperti dulu yang memerlukan penantian satu penyiksaan, kini youtube memudah cara menonton tv. Namun sayang keranan skrin yang kecil tidak puas menonton menyebabkan gambaran pun tak jelas kerana kecil.

Namun inovasi youtube ini diperkembangkan lagi dengan penumbuhan industri penstriman yang mampu dilihat menggunakan platform tv. Dengan lahirnya industri ini, cara menonton tv kita tidak lagi dikongkong oleh faktor masa dan hari. Kita boleh menonton pada bila-bila masa sahaja dengan syarat mempunyai talian internet. Jika dulu perlukan aerial dipasang tinggi keawan bagi mengumpul isyarat radio frekuensi, kini kita hanya perlukan data internert sahaja. Ada data, ada tv.

Sesungguhnya era ini yang dipanggil Over The Top OTT telah mengubah cara tontonan masyarakat. Kita tidak perlu risau terlepas program menarik kerana boleh melihatnya pada bila bila masa dengan satu syarat, ada data ada tv. Begitulah cara baru menonton tv   

Pelan PPU Altel

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, April 18, 2015 | , , | 0 comments »

Assalamualaikum dan sejahtera,

Bertemu lagi para pengunjung blog semua. Dalam entri kali ini, aku ingin bercerita tentang pelan PPU Altel. Alkisahnya setelah kesekian kalinya, barulah aku terbuka minda untuk menggunakan prepaid Altel memandangkan iklan hebat yang di war-warkan. Itu pun setelah misses aku merungut tak dapat wasup kat luar. Katanya selalu miss dia punya info terkini dari geng dia.

Jadi aku pun beli prepaid Altel dan dengan bangganya menggunakan pelan data ppu Altel kerana kos cuma 5 sen untuk setiap 1MB. Jika misses aku guna untuk wasupp sahaja, nescaya berbulan juga nak menghabiskan kredit altel yang tersedia dalam sim kad sebanyak rm5.00. Jika 5 sen untuk 1 mB maka RM5.00 cukup untuk 100 MB. Jadi dengan itu, misses aku boleh wasup sehingga lebam la kat luar. Kat rumah dah ada wifi.

Setelah 3 hari tergerak hati aku untukk menyemak baki altel tersebut. Maka dengan selambanya aku meminta maklumat baki terkini, kerana dalam benak aku, 10 sen pun belum tentu habis. Namun perkra sebaliknya berlaku. Sen yang aku pikir, rm yang terbang. Mesej yang diterima sungguh mengecewakan aku, apa tidaknya baki telah tinggal RM2.65. Aikkk... banyak benar misses aku guna data!

Aku pun check hp dia, kot-kot dah beratus MB telah diguna. Apa yang aku jumpai sungguh mengecewakan ku. Hanya 1MB baru sahaja di kekah oleh hp misses aku. Habis kenapa kredit banyak di telan. Misteri sungguh.

Maka dengan berat hati aku pun membuka website altel sekali lagi dan melihat pelan ppu mereka. Sungguh tak ku sangka, cempedak sudah menjadi nangka. Apa taknya ada astrik merah dua **. Astrik itu merujuk kepada 'atau per sesi'. Maksudnya penggunaan setiap sesi akan dicaj 5 sen. Bayangkan kalau misses aku keluar rumah ambil dan hantar anak kesekolah, bila keluar data secara auto on satu sesi, dan bila balik, wifi ambil alih, maka 5 sen dicaj. Keluar lagi dan balik dicaj dan seterusnya. Jika misses aku keluar 10 kali sehari maka 50 sen akan dicaj. Jadi logikla kalau dalam 3 hari dah telan RM2.35.

Hari ini bila check, hilang lagi 20 sen, bermakna dah 4 kali misses aku keluar rumah. Bagi korang boleh guna pelan ppu altel untuk menyemak berapa kali misses korang keluar rumah setiap hari bila korang tak da kat rumah. Hahaha..jadi berhati-hati dengan pelan ppu altel.

Maka aku pun mematahkan sim kad altel tersebut. Bye2 altel

Cara Mengelak GST

Posted by Jiddun Toyyib | Sunday, April 05, 2015 | , , | 0 comments »

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia warga nettizen semua,

Tidak syak lagi 3 huruf dari semua abjad yang popular ketika ini ialah g,s dan t. Sehinggakan ada murid yang mengisikan huruf berturutan dengan gst. Dek kerana bisanya penangan GST, ianya telah menerosok masuk ke kalbu semua marhain. Dari muda sehingga ke warga senja semua memikirkan GST.

Sesungguhnya kita sebagai rakyat biasa tak dapat mengelak GST. Ianya berada dipersekitaran kita umpama udara yang kita sedut. Dibelakang ada, depan pun ada. Diatas dan juga dibawah. Semua ada GST. Tiada daya untuk mengelakkannya. Apa-apa pun kena redhalah dengan kehendak kerajaan.

Habis macamana nak elak GST? Ok, gst dikenakan sebanyak 6% bermaksud jika barangan yang dibeli RM1000.00 sebulan, maka GST yang perlu dibayar ialah RM60.00. Jadi sebagai rakyat, kita perlu menambah sumber kewangan kita sebanyak RM60.00 untuk membayar GST tersebut. Persoalannya macamana nak menjana RM60.00 tersebut.

RM60.00 boleh dijana dengan pelbagai kaedah. Untuk entri kali ini aku ingin berkongsi kaedah telefon pintar. Ya telefon pintar dapat bayar GST. Macamana pulak tu?

Semua orang dari budak sehingga dewasa sekarang ini tak lekang dengan telefon dan kebanyakkannya menggunakan prepaid. Dari sini kita boleh berkongsi operator baru talian prepaid. Dengan berkongsi topup member kita tadi akan diberi sehingga 11%. Jika kita berkongsi dengan 10 orang dan seorang topup 60 sebulan, maka jumlah topup ialah Rm600.00. Maka jumlah komisen topup kita ialah RM66.00 lepaslah utnuk bayar GST. Jika berkongsi lebih ramai, bukan sekadar GST, bayar kerta pun boleh. Kalau nak tahu lebih boleh layari web ini.

Ya dengan berkongsi operator baru ni, kita berupaya menjana pendapatan tambahan yang meringankan beban GST ni. Dengan operator baru, kita boleh senyum dengan GST. Apa tunggu lagi, jom tukar sim kad baru dan rileks dengan gst.

Teknologi Baru TV - DVB-T2

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, April 03, 2015 | , , , | 0 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembuka cerita pada kali ini, aku hendak nukilkan berkenaan dengan dvb-t2. Mungkin korang perasan dan telah pun berangan-angan untuk menikmati saluran dvb-t2 seperti yang telah diwar-warkan. Jika korang telah berkenalan dengan dvb-t2 aku ucapkan tahniah. Namun bagi yang belum, meh kita enal-kenal dengan sahabat baru kita dvb-t2.

Sapa dvb-2 ni? Dvb-T2 ni adalah jenis baru cara melihat tv di Malaysia yang tercinta ini. Kalau korang menonton tv menggunakan antenna, korang sekarang sebenarnya menerima siaran menggunkan teknologi analog. Jika korang menonton tv melalui piring Astro, korang sebenarnya menerima siaran tv digital. Ok korang ni dalam kategori yang mana satu?

DVB-T2 ialah Digital Video Broadcasting-Teresstrial 2. Seperti  namanya, dvb-t2 ialah siaran tb digital yang dipancarkan dari menara pemancar dan diterima oleh korang menggunakan antenna. Jika Astro menggunkan piring, dengan dvb-t2  cuma menggunakan antenna biasa sahaja. Siaran dari gunung atau bukit akan dipancarkan sehingga samapai ke rumah korang semua.

Apa istimewanya dvb-t2 ni? Korang pun tahu beza antara gambar tv guna antenna dengan gambar tv guna piring kan. Itulah bezanya dari segi kualiti ganbar dan suara. Dengan dvb-t2, gambar adalah sempurna tanpa herotan dan juga berbintik-bintik. Gambar yang dihasilkan jelas dan cantik. Terima kasih kepada teknologi  dvb-t2, dimana kadar penghantaran data boleh mencapai sehingga 38 mb/s. Bayangkan sehebat-hebat streamyx atau unifi pun cuma 20 mb/s sahaja, namun dengan dvb-t2, kadar penghantaran data boleh sehingga 38 mb/s.

Dari segi kualiti gambar dan suara tiada persoalan disini. Jadi dengan dvb-t2 kenikmatan menonton akan sempurna dari segi gambar dan suara. Kandungan? Ini yang jadi persoalan kerana jika kualiti teknikal terbaik pun, jika kandungannya hampas, tak boleh pergi juga. Lupakah kita kepada madu 3? Berapa kali kita menonton? 10, 20 kali masih ketwa menontonnya, sedangakan kualiti gambar dan suara tiada. Namun kekuatan kandungan membolehkan penontoon menonton berulang kali. Jadi kita berharap dengan kualiti gambar dan suaran akibat penggunaan dvb-t2 ini, kandungan pun sama standard jangan teknikal A+, rancangan C- sudahlah.     

Exora ku buat hal lagi

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, November 23, 2013 | 0 comments »

Assalamulaikum dan jumpa lagi geng,

Dalam coretan kali ini aku ingin nukilkan pengalaman aku ke Kemaman. Kemaman seperti biasa selalu aku bermusafir kerana kerana urusan bisnes kecilan aku tuh. Korang mesti perasankan bisnes apa yang aku buat, tak yah akau cerita kan sebab tentang bisnes tu semua aku telah muatkan di blog yang satu lagi tu. Jadi apa pulak kaitannya dengan kemaman nih? Sabar ye para netizen sekalian.

Perjalanan dari Kajang merentasi MRR2 dan seterusnya lebuhraya Karak lancar tanpa sebarang masalah. Dalam pukul 12 thari aku mula memasuki LPT. Semasa memasuki LPT hujan mula turun. Pada mulanya hujan renyai-renyai sahaja dan mula menjadi lebat. Aku pun seperti biasa dengan rileknya memasang viper kereta exora aku tuh dengan selambanya. Sebelum sampai ke susur keluar Lancang dengan tidak semena-mena viper tersebut telah terhenti dengan sendirinya. Dengan rileknya aku memberhentikan kenderaan ditepi jalan untuk konon-kononnya membuat pemeriksaan. Padahal aku cuma cuba menggerakan viper tersebut malangnya usaha tersebut sia-sia sahaja.

Aku bertekad untuk bergerak kerana tempat aku berhenti tersebut digenangi hujan yang sedang hendak melebat. Dengan perlahan aku bergerak kerana tak nampak pandangan luaran dan kereta dibelakang ku dengan sedajalnya menghonkan aku. Aku taulah korang leh laju, aku je macam kekura. Sampai dibawah jejantas aku berhenti kerana dapat berteduh dari titisan hujan. Aku cuba menoleh mencari-cari telefon kecemasan, dan dalam 300m aku ternampak kelibat telefon tersebut. Akupun bergerak perlahan kearah telefon tersebut dan terus memicit yang secra automatik mendail mendail nombor yang tertera. Malangnya panggilan aku tidak disahut oleh sesiapa dari hujung corong sana. Aku kembali ke kereta dan anak-anak akau mula gelisah. Waktu telah menunjukkan hampir pukul satu tengahari. Yang bongsu dah tentunya perut sudah berkeroncong. Almaklumlah budak-budak.

Sekali lagi aku menghubungi nombor lain dan dengan senangnya kerana panggilan tersebut dijawab. Berita diterima memaklumkan banyak kemalangan berlaku dan aku terpaksa menunggu lama untuk mendapat bantuan. Ok takpe aku sanggup menunggu kerana memang aku tak boleh bergerak kerana hujan belu lagi berhenti. Setelah hampir sejam setengah menunggu, tiada juga kelibat bantuan yang datang, aku sekali lagi ke telefon kecemasan tersebut. Namun peristiwa yang sama berulang kerana tiada sahutan terhadap panggilan aku. Dalam perjalanan balik, satu kereta bantuan berhenti, namun cuma memberi nasihat supaya aku menukar fius kerana dikhuatiri fius terbakar. Tanpa sebarang bantuan, kereta bantuan tersebut berlalu sahaja kerana ingin memberi pertolongan kepada yang lain.

Setelah jam hampir 3 ptg dan anak-anak aku pun dah makin tak keruan kerana kelaparan, aku perlahan -lahan bergerak kerana sinar mentari sudah menampakkkan dirinya. Peluang yang diberi tidak aku sia-siakan, dimana aku bergerak kep exit terdekat. Namun dalam perjalanan hujan turun semula menyebabkan aku terpaksa berehat di plaza tol  Temerloh. Setelah hujan berkurang aku bergerak dari plaza tol ke pekan Temerloh untuk mendapatkan bantuan. Dalam pukul 4.30 petang aku menjumpai bengkel kereta, maka aku pun meminta mekanik memeriksa keroaskan. Barulah aku dan keluarga dapat menikmati makanan di Bandar Temerloh sementara mekanik menilai kerosakan. Sedang makan, mekanik datang dan memaklumkan kerosakan dan memberi anggaran sebanyak RM 275 untuk membaiki kerosakan tersebut. Aku iakan saja, takkan nak balik Kajang tanpa viper kan. Pukul 5.30 petang viper dapat dibaiki dan aku menerulsan perjalanan ke Kemaman. Setelah selesai urusan aku terus balik ke Kajang dan sampai dalam pukul 12.30 tenghmalam.

Antara konklusi aku,
1) Susah mendapat bantuan dari pengendali labuhraya. Iklan bagai macam bagus tetapi servic suck. Duit tol bayar tapi tiada pertolongan bila dalam kesusahan . LPT hampehhh