Exora ku buat hal lagi

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, November 23, 2013 | 0 comments »

Assalamulaikum dan jumpa lagi geng,

Dalam coretan kali ini aku ingin nukilkan pengalaman aku ke Kemaman. Kemaman seperti biasa selalu aku bermusafir kerana kerana urusan bisnes kecilan aku tuh. Korang mesti perasankan bisnes apa yang aku buat, tak yah akau cerita kan sebab tentang bisnes tu semua aku telah muatkan di blog yang satu lagi tu. Jadi apa pulak kaitannya dengan kemaman nih? Sabar ye para netizen sekalian.

Perjalanan dari Kajang merentasi MRR2 dan seterusnya lebuhraya Karak lancar tanpa sebarang masalah. Dalam pukul 12 thari aku mula memasuki LPT. Semasa memasuki LPT hujan mula turun. Pada mulanya hujan renyai-renyai sahaja dan mula menjadi lebat. Aku pun seperti biasa dengan rileknya memasang viper kereta exora aku tuh dengan selambanya. Sebelum sampai ke susur keluar Lancang dengan tidak semena-mena viper tersebut telah terhenti dengan sendirinya. Dengan rileknya aku memberhentikan kenderaan ditepi jalan untuk konon-kononnya membuat pemeriksaan. Padahal aku cuma cuba menggerakan viper tersebut malangnya usaha tersebut sia-sia sahaja.

Aku bertekad untuk bergerak kerana tempat aku berhenti tersebut digenangi hujan yang sedang hendak melebat. Dengan perlahan aku bergerak kerana tak nampak pandangan luaran dan kereta dibelakang ku dengan sedajalnya menghonkan aku. Aku taulah korang leh laju, aku je macam kekura. Sampai dibawah jejantas aku berhenti kerana dapat berteduh dari titisan hujan. Aku cuba menoleh mencari-cari telefon kecemasan, dan dalam 300m aku ternampak kelibat telefon tersebut. Akupun bergerak perlahan kearah telefon tersebut dan terus memicit yang secra automatik mendail mendail nombor yang tertera. Malangnya panggilan aku tidak disahut oleh sesiapa dari hujung corong sana. Aku kembali ke kereta dan anak-anak akau mula gelisah. Waktu telah menunjukkan hampir pukul satu tengahari. Yang bongsu dah tentunya perut sudah berkeroncong. Almaklumlah budak-budak.

Sekali lagi aku menghubungi nombor lain dan dengan senangnya kerana panggilan tersebut dijawab. Berita diterima memaklumkan banyak kemalangan berlaku dan aku terpaksa menunggu lama untuk mendapat bantuan. Ok takpe aku sanggup menunggu kerana memang aku tak boleh bergerak kerana hujan belu lagi berhenti. Setelah hampir sejam setengah menunggu, tiada juga kelibat bantuan yang datang, aku sekali lagi ke telefon kecemasan tersebut. Namun peristiwa yang sama berulang kerana tiada sahutan terhadap panggilan aku. Dalam perjalanan balik, satu kereta bantuan berhenti, namun cuma memberi nasihat supaya aku menukar fius kerana dikhuatiri fius terbakar. Tanpa sebarang bantuan, kereta bantuan tersebut berlalu sahaja kerana ingin memberi pertolongan kepada yang lain.

Setelah jam hampir 3 ptg dan anak-anak aku pun dah makin tak keruan kerana kelaparan, aku perlahan -lahan bergerak kerana sinar mentari sudah menampakkkan dirinya. Peluang yang diberi tidak aku sia-siakan, dimana aku bergerak kep exit terdekat. Namun dalam perjalanan hujan turun semula menyebabkan aku terpaksa berehat di plaza tol  Temerloh. Setelah hujan berkurang aku bergerak dari plaza tol ke pekan Temerloh untuk mendapatkan bantuan. Dalam pukul 4.30 petang aku menjumpai bengkel kereta, maka aku pun meminta mekanik memeriksa keroaskan. Barulah aku dan keluarga dapat menikmati makanan di Bandar Temerloh sementara mekanik menilai kerosakan. Sedang makan, mekanik datang dan memaklumkan kerosakan dan memberi anggaran sebanyak RM 275 untuk membaiki kerosakan tersebut. Aku iakan saja, takkan nak balik Kajang tanpa viper kan. Pukul 5.30 petang viper dapat dibaiki dan aku menerulsan perjalanan ke Kemaman. Setelah selesai urusan aku terus balik ke Kajang dan sampai dalam pukul 12.30 tenghmalam.

Antara konklusi aku,
1) Susah mendapat bantuan dari pengendali labuhraya. Iklan bagai macam bagus tetapi servic suck. Duit tol bayar tapi tiada pertolongan bila dalam kesusahan . LPT hampehhh

0 comments