Perjalanan anda dari utara ke selatan tanpa henti

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, February 08, 2011 | , , | 0 comments »

Anda sedang asyik memandu dari Kajang ke Johor Bahru sambil mendengar Muzik FM. Irama dari Muzik FM menyebabkan anda terleka dan tanpa disedari anda telah sampai di Johor bahru tempat yang anda tuju. Tidakkah anda hairan kerana anda langsung tidak menyentuh talaan radio kereta anda dan masih anda boleh menerima siaran tersebut? Apakah rahsianya?

Ya semasa anda memandu dan menikmati rock selamber sebenarnya tugas mencari frekuensi anda telah serahkan kepada mr rds. Siapa mr rds tuh? RDS sebenarnya singkatan kepada radio data system @ RBDS radio broadcast data system. Ada 2 standard disini biasalah uncle sam sudah tentu mahu hasilkan standard sendiri.

Standard RDS dihasilkan oleh eropah manakala RBDS dihasilkan oleh AS. Tidak banyak beza sebenarnya bagi kedua-dua standard ini. Bagi negara kita Malaysia kita mengamalkan RDS. jadi semasa anda memandu melintasi MKL, mr rds anda menala kepada frekuensi 88.5 MHz dari menara tersebut dan kan kekal sehingga isyarat MKL pudar dan rds mula mencari isyarat baru menggunakan PI program identification yang dipancarkan bersama isyarat Muzik FM tadi. RDS mengenalpasti pi code dan cuba mencari isyarat laian yang mempunyai PI code yang sama. Setelah berjumpa mr rds tadi akan menukar talaan frekuensi 88.5 MHz tadi kepada frekuensi baru muzik fm. mungkin setelah anda melewati seremban freuensi muzik fm yang dipancarkan dari gunung telapa burok dijumpai oleh mr rds dan beliau menala frekuensi tersebut dan anda masih tidak perasan kerana khusuk dengan rock selamber.

Perkara ini berterusan sehingga anda melewati melaka dimana mr rds akan mencari frekuensi laian dan kan menjumai frekuensi dari Gunung ledang dan seterusnya menukarkan radio anda kepada frekuensi tersebut. ianya berulang-ulang sehinggalah anda selamat samapi ke johor bahru dimana frekuensi dari Gunung Pulai pula akan menghiburkan anda. jadi itulah kerjanya mr rds memboleh autotuning dijalankan dan pemandu kenderaan tidak perlu mencari frekuensi baru jika masih ingin mendengar program kegemaran mereka.

Banyak lagi fungsi RDS seperti TA traffic announcement. sekiranya TA diaktifkan maka jika anda sedang khusuk mendengar CD kereta anda, secara tiba-tiba radio akan terpasang dan ditala kepada stesen yang mengaktifkan TA tadi. Biasanya stesen akan mengaktifkan TA jika ingin memaklumkan keadaan kecemasan trafik ditempat tertenstu. Jadi anda tidak terlepas mendengar pengumuman penting berkenaan trafik.

----------------


LotBux

0 comments