Pemancar TV Digital DVB-T

Posted by Jiddun Toyyib | Wednesday, January 05, 2011 | | 0 comments »

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini seharian aku menyediakan spesifikasi tender TV untuk KPKK. Yang hangat dibincangkan oleh AJK ialah samada ingin analog transmitter digital ready atau digital transmitter analog capable. Dua2nya ada kelebihan masing-masing. Kalau ikut aku hentam saja analog transmitter saja.

Be rcakap pemancar nie, seperti diumukan oeh Menteri dari KPKK, Malaysia telah menetakan sasaran untuk melancarkan TV digital pada tahun 2012 dengan liputan 50% dan pada tahun 2015 analog switch of. jadi penonton hanya ada masa 4 tahun lagii untuk tengok tv analog selepas itu tiada lagi. kena la beli STB atau beli tv baru yang dah build in digital tuner.

Sebenarnya pemancar DVB-T pertama di Malaysia telah dipasang di MKL dan Ulu Kali pada tahun 2006 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Pemancar tersebut beroperasi dengan frekuensi 43, 45 dan 44,46. Dua pemancar dipasang disetiap lokasi.

Kenapa kita perlu berhijrah ke era digital? Adakah disebabkan perubahan teknologi semata-mata. Tentunya tidak. Perubahan ke digital tentunya atas keperluan pengguna dan pengeluar. Bagi pengguna mereka memerlukan banyak saluran yang lebih niche dan tidak bercampur aduk. Penggunaan teknologi analog tidak mungkin berlaku atas sebab faktor kos dan frekuensi.

Bagi pengeluar lesen, frekuensi umpama tanah yang tidak boleh direka oleh manusia. PElbagai pihak berlumba untuk mewujudkan tv sendiri sedangkan frekuensi tidak mencukupi. Digital menyelesaikan masalah mereka. BAgaimana? Tunggu.. bersambung..

0 comments