Pelan PPU Altel

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, April 18, 2015 | , , | 0 comments »

Assalamualaikum dan sejahtera,

Bertemu lagi para pengunjung blog semua. Dalam entri kali ini, aku ingin bercerita tentang pelan PPU Altel. Alkisahnya setelah kesekian kalinya, barulah aku terbuka minda untuk menggunakan prepaid Altel memandangkan iklan hebat yang di war-warkan. Itu pun setelah misses aku merungut tak dapat wasup kat luar. Katanya selalu miss dia punya info terkini dari geng dia.

Jadi aku pun beli prepaid Altel dan dengan bangganya menggunakan pelan data ppu Altel kerana kos cuma 5 sen untuk setiap 1MB. Jika misses aku guna untuk wasupp sahaja, nescaya berbulan juga nak menghabiskan kredit altel yang tersedia dalam sim kad sebanyak rm5.00. Jika 5 sen untuk 1 mB maka RM5.00 cukup untuk 100 MB. Jadi dengan itu, misses aku boleh wasup sehingga lebam la kat luar. Kat rumah dah ada wifi.

Setelah 3 hari tergerak hati aku untukk menyemak baki altel tersebut. Maka dengan selambanya aku meminta maklumat baki terkini, kerana dalam benak aku, 10 sen pun belum tentu habis. Namun perkra sebaliknya berlaku. Sen yang aku pikir, rm yang terbang. Mesej yang diterima sungguh mengecewakan aku, apa tidaknya baki telah tinggal RM2.65. Aikkk... banyak benar misses aku guna data!

Aku pun check hp dia, kot-kot dah beratus MB telah diguna. Apa yang aku jumpai sungguh mengecewakan ku. Hanya 1MB baru sahaja di kekah oleh hp misses aku. Habis kenapa kredit banyak di telan. Misteri sungguh.

Maka dengan berat hati aku pun membuka website altel sekali lagi dan melihat pelan ppu mereka. Sungguh tak ku sangka, cempedak sudah menjadi nangka. Apa taknya ada astrik merah dua **. Astrik itu merujuk kepada 'atau per sesi'. Maksudnya penggunaan setiap sesi akan dicaj 5 sen. Bayangkan kalau misses aku keluar rumah ambil dan hantar anak kesekolah, bila keluar data secara auto on satu sesi, dan bila balik, wifi ambil alih, maka 5 sen dicaj. Keluar lagi dan balik dicaj dan seterusnya. Jika misses aku keluar 10 kali sehari maka 50 sen akan dicaj. Jadi logikla kalau dalam 3 hari dah telan RM2.35.

Hari ini bila check, hilang lagi 20 sen, bermakna dah 4 kali misses aku keluar rumah. Bagi korang boleh guna pelan ppu altel untuk menyemak berapa kali misses korang keluar rumah setiap hari bila korang tak da kat rumah. Hahaha..jadi berhati-hati dengan pelan ppu altel.

Maka aku pun mematahkan sim kad altel tersebut. Bye2 altel

0 comments