Exora ku buat hal lagi

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, November 23, 2013 | 0 comments »

Assalamulaikum dan jumpa lagi geng,

Dalam coretan kali ini aku ingin nukilkan pengalaman aku ke Kemaman. Kemaman seperti biasa selalu aku bermusafir kerana kerana urusan bisnes kecilan aku tuh. Korang mesti perasankan bisnes apa yang aku buat, tak yah akau cerita kan sebab tentang bisnes tu semua aku telah muatkan di blog yang satu lagi tu. Jadi apa pulak kaitannya dengan kemaman nih? Sabar ye para netizen sekalian.

Perjalanan dari Kajang merentasi MRR2 dan seterusnya lebuhraya Karak lancar tanpa sebarang masalah. Dalam pukul 12 thari aku mula memasuki LPT. Semasa memasuki LPT hujan mula turun. Pada mulanya hujan renyai-renyai sahaja dan mula menjadi lebat. Aku pun seperti biasa dengan rileknya memasang viper kereta exora aku tuh dengan selambanya. Sebelum sampai ke susur keluar Lancang dengan tidak semena-mena viper tersebut telah terhenti dengan sendirinya. Dengan rileknya aku memberhentikan kenderaan ditepi jalan untuk konon-kononnya membuat pemeriksaan. Padahal aku cuma cuba menggerakan viper tersebut malangnya usaha tersebut sia-sia sahaja.

Aku bertekad untuk bergerak kerana tempat aku berhenti tersebut digenangi hujan yang sedang hendak melebat. Dengan perlahan aku bergerak kerana tak nampak pandangan luaran dan kereta dibelakang ku dengan sedajalnya menghonkan aku. Aku taulah korang leh laju, aku je macam kekura. Sampai dibawah jejantas aku berhenti kerana dapat berteduh dari titisan hujan. Aku cuba menoleh mencari-cari telefon kecemasan, dan dalam 300m aku ternampak kelibat telefon tersebut. Akupun bergerak perlahan kearah telefon tersebut dan terus memicit yang secra automatik mendail mendail nombor yang tertera. Malangnya panggilan aku tidak disahut oleh sesiapa dari hujung corong sana. Aku kembali ke kereta dan anak-anak akau mula gelisah. Waktu telah menunjukkan hampir pukul satu tengahari. Yang bongsu dah tentunya perut sudah berkeroncong. Almaklumlah budak-budak.

Sekali lagi aku menghubungi nombor lain dan dengan senangnya kerana panggilan tersebut dijawab. Berita diterima memaklumkan banyak kemalangan berlaku dan aku terpaksa menunggu lama untuk mendapat bantuan. Ok takpe aku sanggup menunggu kerana memang aku tak boleh bergerak kerana hujan belu lagi berhenti. Setelah hampir sejam setengah menunggu, tiada juga kelibat bantuan yang datang, aku sekali lagi ke telefon kecemasan tersebut. Namun peristiwa yang sama berulang kerana tiada sahutan terhadap panggilan aku. Dalam perjalanan balik, satu kereta bantuan berhenti, namun cuma memberi nasihat supaya aku menukar fius kerana dikhuatiri fius terbakar. Tanpa sebarang bantuan, kereta bantuan tersebut berlalu sahaja kerana ingin memberi pertolongan kepada yang lain.

Setelah jam hampir 3 ptg dan anak-anak aku pun dah makin tak keruan kerana kelaparan, aku perlahan -lahan bergerak kerana sinar mentari sudah menampakkkan dirinya. Peluang yang diberi tidak aku sia-siakan, dimana aku bergerak kep exit terdekat. Namun dalam perjalanan hujan turun semula menyebabkan aku terpaksa berehat di plaza tol  Temerloh. Setelah hujan berkurang aku bergerak dari plaza tol ke pekan Temerloh untuk mendapatkan bantuan. Dalam pukul 4.30 petang aku menjumpai bengkel kereta, maka aku pun meminta mekanik memeriksa keroaskan. Barulah aku dan keluarga dapat menikmati makanan di Bandar Temerloh sementara mekanik menilai kerosakan. Sedang makan, mekanik datang dan memaklumkan kerosakan dan memberi anggaran sebanyak RM 275 untuk membaiki kerosakan tersebut. Aku iakan saja, takkan nak balik Kajang tanpa viper kan. Pukul 5.30 petang viper dapat dibaiki dan aku menerulsan perjalanan ke Kemaman. Setelah selesai urusan aku terus balik ke Kajang dan sampai dalam pukul 12.30 tenghmalam.

Antara konklusi aku,
1) Susah mendapat bantuan dari pengendali labuhraya. Iklan bagai macam bagus tetapi servic suck. Duit tol bayar tapi tiada pertolongan bila dalam kesusahan . LPT hampehhh

Selmat Hari Malaysia

Posted by Jiddun Toyyib | Sunday, September 15, 2013 | , | 0 comments »

Salam Geng,

Sempena 16 September 2013, untuk kesekian kalinya aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malayisa. Hari ini kita rakyat 1Malaysia bersama meraya Hari Malaysia ke-50. Ayuh bersama kita semua mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita tanpa mengira taraf dan kedudukan. Kerajaan telah meletakkan negara kita Malaysia dalam landasan kukuh untuk menuju negara maju.

Hari Malaysia ini kalau mengikut sejarah ialah penyertaan kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia. Kalau korang nak tau lebih lanjut google je la kan.  Namun aku sebagai anak bangsa merasa amat bangga dengan negara aku ni walaupun kehidupan agak perit juga. Sebelum kita merayakan Hari Malaysia, kita rakyat telah dikejutkan dengan pengurangan subsidi minyak yang secara tak langsung telah meningkatkan kos kehidupan kita.

Inilah realiti bagi kita rakyat di bumi bertuah ini dimana rakyat didahulukan, manakala pencapaian diutamakan. Apa yang aku nampak, rakyat lah yang mula kena bagi sesuatu keadaan atau tindakan dari pihak kerajaan atas alasan kononnya meeningkatkan ekonomi negara. Kerajaan tanpa perlu pikir jauh, nak tambah pendapatan, kurang subsidi atas nama resiolisasi konon. Pencapaian yang diagungkan kerajaan setakat ni entah kemana. Tiada apa dibangga setelah kerajaan baru dibentuk selepas PRU13 yang lalu, hanya retorik dan omongan kosong semata tanpa sebarang fakta. Rakyat pula kelihatan menerima sahaja almaklumlah digula-gula dengan BRIM yang tak seberapa. Itulah aku nak cakap.. apa pun Selamat Hari Malaysia

Buat Duit Sambil Tidur

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, September 06, 2013 | , , | 0 comments »

Salam geng semua,

Kalau korang tengok tajuk tu mesti gempak punya kan. Yalah sapa yang tak suka duit, semuanya suka. Budak kecik pun tahu inikan pula korang yang celik internet ni kan. So korang mesti tertanya-tanya apakebenda tuh buat duit sambil tidur?

Ya.. sebenanya aku nak citer sikit pasal buat duit sambil tidur nie. Aku tahu korang ada yang power-power lagi ni tang buat duit ni. Almaklumlah korang lebih berinovasi dalam bab bab duit ni. Cuma aku nak khabar kan satu website ni yang bagi can korang untuk buat duit sambil tidur, ala ala duduk diam dapat duit 4D. Gini citernya ada satu website nie yang bagi peluang korang untuk invest dalam bisnes offline dia dan dia akan bagi dividen dari sumbangan modal korang tu. Korang gi autodebit.org untuk keterangan lanjut.

Kat website tu korang boleh pilih apa-apa bisnes korang nak venture dan dia akan bagi dividen mingguan. Contoh koranng sumbang modal untuk bisnes topup maka korang akan dibayar dividen sebanyak RM0.15 untuk setiap lot yang korang sumbang. Untuk lot bisnes topup ni kos 1 lot ialah RM6.00. Contoh korang beli 50 lot dengan kos RM300.00 maka korang akan dapat RM7.5 seminggu. Mungkin korang akan mencebik apalah sangat dengan RM7.50, nak beli topup pun tak lepas. Jangan gitu..

Untuk sesuatu projek korang kena tengak % bukan nilai. Kiranya untuk projek topup tu % adalah 10% sebulan sebenarnya. Jika dikira (0.15/6) x 100% = 2.5% seminggu menjadikan sebulan 10%. Jika korang sumbang RM 300.00 maka korang akan terima RM30.00 sebulan sambil tidur. Nampak tak gambaran aku kira nie. Jadi bila korang nak join tu jangan lupa taruk aku sebagai penaja ye id aku jetaq. Kalau korang aktif kat CG id jetaq tu akulah he2x. Kalau korang berani boleh je nak sumbang beribu pun, tapi kena projek lain la sebab dia limit 50 lot untuk satu bisnes bagi setiap nama. Korang beli 50 lot untuk tiap-tiap bisnes lagi masyuk.

So apa lagi buat duit sambil tidur denganmenyertai autodebit.org.. semoga tidur korang pun dapat duit.

Berbelanja dan Dapat Duit

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, August 16, 2013 | , , , , , | 0 comments »

Salam Geng,

Tajuk macam gempak kan? Yalah anda berbelanja dan dapat duit lagi. Gini aku nak kongsikan bukan rahsia tapi maklumat..Camana korang boleh dapat RM900 sebulan?

Aku kalau simpan asb rm 12000 selama setahun boleh la dapat rm 900 tu. Itu pun jika dividen asb 7.5% kalu kurang tak dapatlah. Kalau aku simpan bank lain yang div kurang lagi banyak aku kena simpan.

Tapi aku boleh gak dapat 900 tu dengan belanja sebanyak rm1000 sebulan atau 12000 setahun bukan simpan tapi belanja 12000 setahun boleh dapat  900 tu. Ok korang ikut step gini

1) Korang mohon kad kredit maybank 2 card - akan dapat 1 amex dan 1 mc
2) Korang belanja guna amex sahaja setiap bulan rm 1000
   Cth :- Tesco (belanja dapor) - 550
             Shell (Minyak)           - 300
             TM ( bil )                   -   70
             TNB ( bil )                 -   80
              Total                          1000

 Ini cth sahaja korang boleh je belanja kat mana - mana pun yang penting guna amex jgn mc
3) Korang guna amex tu hari sabtu dan ahad sahaja. Tak mau hari lain. Kalu korang keta takdak minyak pun, tunggulah hari sabtu isi, kalau perlu guna motor dulu, jangan isi minyak keta hari lain, hari sabtu ahad sahaja. Bayar bil pun hari sabtu atau ahad, juga gi tesco hari sabtu atau ahad. Jadi pandai-pandai beli supaya cukup jangan takdak beras pulak.
4) Setiap bulan korang akan terima rebet rm 50 sebulan @ setahun rm 600
5) Korang akan dapat point 5000 sebulan @ setahun 60000 point
Point tu tukar pada baucer apa-apa baucer tesco ke dapat lagi rm 300
6) Rebet 600 + baucer 300 = 900
7) Korang dapat la 900 setahun dengan belanja 12000 setahun.
8) Pastikan belanja tu duit ada untuk belanja.Yalah duit untuk makan, minyak bil dan sebagainya. Tak masuk lain belanja.

Dengan cara ini aku boleh dapat rm 900 percuma setiap tahun tanpa perlu susah-susah pun. Cuma dari bayar cash bayar guna amex. Kalau aku guna cash aku tetap belanja 12000 gak setahun.

So gitulah keng kawan cara dapat RM900 secara percuma

 

Selamat Hari Raya Idul Fitri 2013

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, August 06, 2013 | | 0 comments »

Salam Geng Semua,

Tak lama lagi akan datang Hari Raya Idul Fitri. Bila nak raya ni macam-macam hal dipikirkan terutama mak bapak macam aku ni. Yalah mana nak beli baju anak, duit raya dan belanja kat kampong lagi Huh boleh memeningkan juga tu.

Bagi persediaan menyambut hari raya, aku mengguna konsep guna dahulu dan bayar kemudian. Aku menggunakan simpanan yang ada untuk berbelanja hari raya dan mula membayar balik selepas hari raya. Konon-kononnya hutang dengan Kad Kredit atau Institusi Kewangan. Dengan cara ini aku boleh jimat interest yang dikenakan oleh Kad Kredit atau Bank.

Yalah harga barang semua dah meningkat sejajar dengan inflasi. Tahun ini akau balik kampong awal kerana cuti sekolah selama dua minggu. Jadi aku balik kampong hari isnin 5 ogos dan datang pada 13 ogos 2013. Semasa bercuti aku harap tiada apa berlaku pada pemancar Menara KL dan lain-lain pemancar. 

Jadi sempena raya bakal menjelang akau nak ucap Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada pengunjung blog ini. Maaf Zahir dan Batin

Celcom 1Malaysia, dah Tak Seronok Dah

Posted by Jiddun Toyyib | Sunday, May 26, 2013 | , , | 0 comments »

Apa khabar geng semua,

Sebelum ni aku post tentang kesoronakan guna broadband celcom 1malaysia. Alamklumlah cuma 25 ringit sebulan untuk unlimited atau 1 ringgit sejam. Murah sangat tu dan berbaloi-baloi. Namun aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Camanan tu? Ialah ditengah-tengah aku asyik seronok guna celcom 1 malaysia ni tetiba petaka pun muncul. Nak jadi cerita, gini sebenarnya. Aku tak lah guna broadband ni sepanjang masa, kerana kat rumah dah ada streamyx dan dan kat pejabat ada LAN. Aku akan aktifkan Celcom 1malaysia ni bila aku outstation dan tempat tu tak ada wi-fi. Maka nak jadi cerita, aku nak guna berukband ni maka aku pun keluarkan sim dari phone masuk ke porta wi-fi.

Setelah aku masuk dalam porta wifi aku pun antar sms untuk langganan selama 1 jam sahaja. Namun sambungan ke internet tempat tersebut hampeh kerana line 3G tak jelas, maka aku pun batalkan niat nak melayari intenet maka aku pun ambik balik sim kad masuk dalam phone. Sms yang aku hantar untuk aktivate sejam tak berbalas, aku ingat ok je. Tak ada apa2.

Rupanya ada apa-apa. Petangnya bila aku cal misses aku, lepas buat panggilan aku tengok kredit dah berkurang. Aikk.. aku check sekali lagi betullah , dekat 30 hinggit duit kredit aku terbang. Hih kenapa ni. Aku check balik tak ada pulak aku terima sms kata activate 1 bulan@ 1 jam. So macamanan boleh hilang kredit.

Aku pun dengan coolnya call Celcom Centre tanya masalah tersebut. Dia orang tanya aku pakai phone apa? Aku cakap nokia yang murah tak leh gi internet. Macamana awak gi internet? Aku cakap pakai porta wi-fi. Dia kata bila aku cucuk sim kad tu porta wifi tu terus on tanpa aktivate beruk band jadi mahallah. Mula aku percaya tapi lepas pikir kalau mahal pun 20 sen per kilobyte. Aku bila line teruk tak melayari internet macamana boleh hilang 30 ringgit tu kalau 2 tiga ringgit tu percaya lah jugak. Aku tak puas hati terus aku campak sim kad tu dalam tong sampah. Jadi rugilah aku, dahlah beli sim tu mahal 40 hinggit, pah tu telan kredit aku 30 hinggit, jadi celcom dah makan duit aku 70 hinggit. He geramnya. Jadi keseronakan Celco 1Malaysia mencapai kebencian aku.   Maka sekianlah cerita aku dengan Celcom 1Malasyia

Tips Pindah Gambar Iphone

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, May 03, 2013 | , , , , | 0 comments »

Salam geng semua,

Iphone 4 aku yang dah berumur hampir 2 tahun akhirnya buat hal. Bila aku sambung kepada pengecas, tiada petunjuk yang menunjukkan dalam keadaan cas. Aku biarkan berjam menunggu namun peratusan bateri makin menurun bukannya menaik. Wah, ini tak boleh jadi ni. Lpes aku godek-godek tak dapat juga akau mengcas iphone tersebut. Akhirnya iphone aku tu pun out of battery. Nak dijadika cerita, dalam keadaan off dapat pula ia mengecas.

Masalahnya bila tak dapat cas, ianya juga tak boleh berkomunikasi dengan itune, jadi aku tak dapat backup gambar yang aku ambil menggunakan iphone tersebut. Berminggu jugak la aku mencari cara nak pindahkan gambar yang ada dalam phone tersebut ke ipad, namun tak berjaya. namun suatu hari aku bertemu dengan apps Photo Share yang fungsinya memindahkan gambar menggunakan bluetooth. Setelah aku memasang apps tersebut barulah aku berjaya memindahkan gambar-gambar ke ipad. Tujuanku satu, setelah semua gambar dipindahkan aku ingin letgo iphone tersebut dengan phone lain jika ada rezeki.

Menggunkan apps Photo Share amat senang sekali gambar-gambar tersebut dipndahkan dengan berdesup. Cum kekangan FREE apps, cuma dapat pindah 8 gambar setiap masa dan connection bluetooth tersputus. Terpaksa la sambung semula. Bayangan nak pindah 452 gambar berapa kali putus sambung putus sambung. Namun aku reda je sebab benda FREE takkan nak fungsi sama dengan bayar. Kira 8 gambar tu ok la berbanding aku nak upload ke server atau google drive, lagi lambat.

Setakat ini aku puas hati guna apps Photo Share untuk transfer gambar walaupun belum habis lag aku transfer. Ada lagi 332 gambar agaknya makan minggu lagi la. So pada kengkawan yang hadapi masalah sama boleh je download apps Photo Share tersebut dan rasai sendiri pengalaman oindah gambar korang. He 2x.

Ok takat ni dulu chow

Keseronakan Celcom 1Malaysia

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, April 18, 2013 | , , , | 0 comments »

Salam semua member,

Aku sesungguhnya rasa amat seronok bila dapat membeli celcom 1malaysia. Ini kerana pakej yang ditawarkan amat berbaloi-baloi bak kata anak muda sekarang. Dengan hanya RM25.00 sebulan aku boleh melayari internet tanpa had walaupun kuota penggunaan sebanyak 1G dikenakan. Selepas kuota 1G tamat aku masih lagio boleh melayari initernet.

Walaupun kos untuk mendapatkan sim kad ini agak mahal iaitu RM40.00 berbanding nilai sebenar yang cuma RM8.80 sahaja. Entah macamana harga sim pak Celco 1Malaysia ini telah dirompak menyebabkan hanya naik mencecak 400%. Asalnya sim pack ini disasarkan kepada golongan kurang mampu, namun ianya disalah guan oleh pihak berkepentingan peribadi yang cuba mengaut keuntungan melampau. Harga yang mahal ini telah menindas mereka yang tidak mampu menyebabkan hasrat telkah terpesong dari untuk kegunaan rakay tidak berada. Lantaklah.. mereka yang mengambil kesempatan diatas kesengsaraan orang lain pasti mendapat azab.

Ok bagi penggunaan pertama kali aku telah topup sebanyak RM30.00 dan menghantar mesej 1month kepada 28882. Mesej berbals dan aku mengesahkan untuk melanggan 1 bulan perkhidmatan internet. Serentak dengan itu, RM25.00telah dipotong dari akaun meninggalkan baki RM5.00. Dengan masa sebulan, maka aku pun enjoy melayari internet tanpa HAD dengan hanaya RM25.00.

Yang bestnya juga sim pack ini boleh buat call. Jika aku tidak melayari internet, aku boleh menalifon kawan dan menghantar sms. Kadar juga berbaloi kerana untuk pelanggan Celcom aku cuma dicaj 1 sen untuk 1 sms manakala untuk panggilan aku di caj 28 sen untuk 10 minit perbualan dengan blok 10 minit. Maksudnya jika aku bercakap dengan member Celcom 10 minit aku dicaj 28 sen dan jika 10 saat pun 28 sen juga. Ada paham...

Aku tidaklah heavy menggunakan talian Celcom untuk call dan sms kerana kau mempunyai talian maxis. Tujuan utama kau melanggan Celcom 1Malaysia ini HANYA semata-mata untuk kegunbaan internet sahaja.Dengan itu aku boleh online 24 jam diaman sahaaj selah=gi talian Celcom ada. Oh indahnya menlayari internet menggunakan Celcom 1Malaysia.  

Smartphone Android Dan Android App Inventor

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, January 22, 2013 | , , | 0 comments »

Selepas kita melalui trend telefon bimbit TV dengan Piala Dunia FIFA, kita datang untuk merealisasikan berita semasa teknologi serta produk yang berbeza yang dibuat digunakan untuk telefon bimbit Android. Dalam langkah dengan New York Times dalam talian, bermula minggu ini, Google akan membekalkan Android biasa pelanggan mudah alih dengan peranti percuma yang membenarkan pengguna akhir untuk membangunkan program perisian yang berdasarkan hawa nafsu mereka sendiri.
Google makmal penyelidikan sekarang sebenarnya telah mencatatkan jenama produk baru yang dipanggil Android App Inventor (pencipta perisian Android). Atas sebab yang bermodul serta aplikasi graf isadministered dalam telefon pintar Android, individu yang benar-benar tidak mengenali kod sukar serta programing boleh mencipta perisian mereka sendiri.
Ia menyatakan bahawa peranti Google dipanggil sebagai Google Android App Inventor. Dalam tahun berlalu, Google mengekalkan menguji alat. Para ulama terutamanya sangat disasarkan. Serta komputer riba tidak adalah titik kritikal ulama yang termasuk dalam penilaian. Google mengumumkan bahawa faktor mengapa peranti telah dibentangkan adalah bahawa amanah awam dalam telefon bimbit lebih banyak daripada komputer desktop. Oleh itu, pelanggan biasa patut dibenarkan untuk membangunkan perisian sendiri.
Projektor pemimpin dan pakar komputer MIT, Harold Abelson, berkata, "Para pelanggan diandaikan menjadi penjana teknologi bersama pembeli melalui projek."
Sebagai Google menawarkan individu dengan peranti aplikasi membangun, keterbukaan teknologi moden Android akan menjadi lebih memuncak. Coders Malah lebih luar akan mendaftar dalam pasukan. Pelbagai dari Google, tepat menjaga prosedur untuk pengaturcara luar diserap kedai aplikasi iPhone.
Abelson menyatakan, "Kami melakukannya dengan syarat bahawa Android adalah satu seni bina terbuka." Beliau menegaskan bahawa peranti membangun terutamanya bertujuan untuk individu-individu yang sedikit. Prestasi peranti umum adalah asas hari ini. Kecekapan unggul akan mendapat banyak pelanggan pada satu ketika.
Peranti hanya relevan untuk telefon bimbit Android pada masa ini. Jika pengguna akhir mudah alih Android ingin membuat menggunakan ia, mereka benar-benar harus login pertama Gmail. Alat itu sendiri diasaskan mengenai operasi web. Pelanggan perlu memuat turun program dan menubuhkan ia dalam sistem komputer. Semasa menghasilkan program aplikasi, pengguna akhir perlu untuk menghubungkan mudah alih Android ke komputer yang mempunyai USB.
Pada masa ini, pembuat aplikasi Android telah memulakan kerja-kerja ujian ke atas ulama universiti yang memberi tumpuan bukan di dalam komputer. Banyak perisian kecil telah diwujudkan termasuk automatik SMS bertindak balas, mencari untuk kereta, kuiz serta gendang dalam talian.