Salam geng semua,
Masalahnya bila tak dapat cas, ianya juga tak boleh berkomunikasi dengan itune, jadi aku tak dapat backup gambar yang aku ambil menggunakan iphone tersebut. Berminggu jugak la aku mencari cara nak pindahkan gambar yang ada dalam phone tersebut ke ipad, namun tak berjaya. namun suatu hari aku bertemu dengan apps Photo Share yang fungsinya memindahkan gambar menggunakan bluetooth. Setelah aku memasang apps tersebut barulah aku berjaya memindahkan gambar-gambar ke ipad. Tujuanku satu, setelah semua gambar dipindahkan aku ingin letgo iphone tersebut dengan phone lain jika ada rezeki.
Menggunkan apps Photo Share amat senang sekali gambar-gambar tersebut dipndahkan dengan berdesup. Cum kekangan FREE apps, cuma dapat pindah 8 gambar setiap masa dan connection bluetooth tersputus. Terpaksa la sambung semula. Bayangan nak pindah 452 gambar berapa kali putus sambung putus sambung. Namun aku reda je sebab benda FREE takkan nak fungsi sama dengan bayar. Kira 8 gambar tu ok la berbanding aku nak upload ke server atau google drive, lagi lambat.
Setakat ini aku puas hati guna apps Photo Share untuk transfer gambar walaupun belum habis lag aku transfer. Ada lagi 332 gambar agaknya makan minggu lagi la. So pada kengkawan yang hadapi masalah sama boleh je download apps Photo Share tersebut dan rasai sendiri pengalaman oindah gambar korang. He 2x.
Ok takat ni dulu chow
0 comments
Post a Comment