Celcom 1Malaysia, dah Tak Seronok Dah

Posted by Jiddun Toyyib | Sunday, May 26, 2013 | , , | 0 comments »

Apa khabar geng semua,

Sebelum ni aku post tentang kesoronakan guna broadband celcom 1malaysia. Alamklumlah cuma 25 ringit sebulan untuk unlimited atau 1 ringgit sejam. Murah sangat tu dan berbaloi-baloi. Namun aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Camanan tu? Ialah ditengah-tengah aku asyik seronok guna celcom 1 malaysia ni tetiba petaka pun muncul. Nak jadi cerita, gini sebenarnya. Aku tak lah guna broadband ni sepanjang masa, kerana kat rumah dah ada streamyx dan dan kat pejabat ada LAN. Aku akan aktifkan Celcom 1malaysia ni bila aku outstation dan tempat tu tak ada wi-fi. Maka nak jadi cerita, aku nak guna berukband ni maka aku pun keluarkan sim dari phone masuk ke porta wi-fi.

Setelah aku masuk dalam porta wifi aku pun antar sms untuk langganan selama 1 jam sahaja. Namun sambungan ke internet tempat tersebut hampeh kerana line 3G tak jelas, maka aku pun batalkan niat nak melayari intenet maka aku pun ambik balik sim kad masuk dalam phone. Sms yang aku hantar untuk aktivate sejam tak berbalas, aku ingat ok je. Tak ada apa2.

Rupanya ada apa-apa. Petangnya bila aku cal misses aku, lepas buat panggilan aku tengok kredit dah berkurang. Aikk.. aku check sekali lagi betullah , dekat 30 hinggit duit kredit aku terbang. Hih kenapa ni. Aku check balik tak ada pulak aku terima sms kata activate 1 bulan@ 1 jam. So macamanan boleh hilang kredit.

Aku pun dengan coolnya call Celcom Centre tanya masalah tersebut. Dia orang tanya aku pakai phone apa? Aku cakap nokia yang murah tak leh gi internet. Macamana awak gi internet? Aku cakap pakai porta wi-fi. Dia kata bila aku cucuk sim kad tu porta wifi tu terus on tanpa aktivate beruk band jadi mahallah. Mula aku percaya tapi lepas pikir kalau mahal pun 20 sen per kilobyte. Aku bila line teruk tak melayari internet macamana boleh hilang 30 ringgit tu kalau 2 tiga ringgit tu percaya lah jugak. Aku tak puas hati terus aku campak sim kad tu dalam tong sampah. Jadi rugilah aku, dahlah beli sim tu mahal 40 hinggit, pah tu telan kredit aku 30 hinggit, jadi celcom dah makan duit aku 70 hinggit. He geramnya. Jadi keseronakan Celco 1Malaysia mencapai kebencian aku.   Maka sekianlah cerita aku dengan Celcom 1Malasyia

0 comments