Salam Geng Semua,
Bagi persediaan menyambut hari raya, aku mengguna konsep guna dahulu dan bayar kemudian. Aku menggunakan simpanan yang ada untuk berbelanja hari raya dan mula membayar balik selepas hari raya. Konon-kononnya hutang dengan Kad Kredit atau Institusi Kewangan. Dengan cara ini aku boleh jimat interest yang dikenakan oleh Kad Kredit atau Bank.
Yalah harga barang semua dah meningkat sejajar dengan inflasi. Tahun ini akau balik kampong awal kerana cuti sekolah selama dua minggu. Jadi aku balik kampong hari isnin 5 ogos dan datang pada 13 ogos 2013. Semasa bercuti aku harap tiada apa berlaku pada pemancar Menara KL dan lain-lain pemancar.
Jadi sempena raya bakal menjelang akau nak ucap Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada pengunjung blog ini. Maaf Zahir dan Batin
0 comments
Post a Comment