Keseronakan Celcom 1Malaysia

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, April 18, 2013 | , , , | 0 comments »

Salam semua member,

Aku sesungguhnya rasa amat seronok bila dapat membeli celcom 1malaysia. Ini kerana pakej yang ditawarkan amat berbaloi-baloi bak kata anak muda sekarang. Dengan hanya RM25.00 sebulan aku boleh melayari internet tanpa had walaupun kuota penggunaan sebanyak 1G dikenakan. Selepas kuota 1G tamat aku masih lagio boleh melayari initernet.

Walaupun kos untuk mendapatkan sim kad ini agak mahal iaitu RM40.00 berbanding nilai sebenar yang cuma RM8.80 sahaja. Entah macamana harga sim pak Celco 1Malaysia ini telah dirompak menyebabkan hanya naik mencecak 400%. Asalnya sim pack ini disasarkan kepada golongan kurang mampu, namun ianya disalah guan oleh pihak berkepentingan peribadi yang cuba mengaut keuntungan melampau. Harga yang mahal ini telah menindas mereka yang tidak mampu menyebabkan hasrat telkah terpesong dari untuk kegunaan rakay tidak berada. Lantaklah.. mereka yang mengambil kesempatan diatas kesengsaraan orang lain pasti mendapat azab.

Ok bagi penggunaan pertama kali aku telah topup sebanyak RM30.00 dan menghantar mesej 1month kepada 28882. Mesej berbals dan aku mengesahkan untuk melanggan 1 bulan perkhidmatan internet. Serentak dengan itu, RM25.00telah dipotong dari akaun meninggalkan baki RM5.00. Dengan masa sebulan, maka aku pun enjoy melayari internet tanpa HAD dengan hanaya RM25.00.

Yang bestnya juga sim pack ini boleh buat call. Jika aku tidak melayari internet, aku boleh menalifon kawan dan menghantar sms. Kadar juga berbaloi kerana untuk pelanggan Celcom aku cuma dicaj 1 sen untuk 1 sms manakala untuk panggilan aku di caj 28 sen untuk 10 minit perbualan dengan blok 10 minit. Maksudnya jika aku bercakap dengan member Celcom 10 minit aku dicaj 28 sen dan jika 10 saat pun 28 sen juga. Ada paham...

Aku tidaklah heavy menggunakan talian Celcom untuk call dan sms kerana kau mempunyai talian maxis. Tujuan utama kau melanggan Celcom 1Malaysia ini HANYA semata-mata untuk kegunbaan internet sahaja.Dengan itu aku boleh online 24 jam diaman sahaaj selah=gi talian Celcom ada. Oh indahnya menlayari internet menggunakan Celcom 1Malaysia.  

0 comments