Keperluan Kepada Digital TV

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, August 04, 2011 | , | 0 comments »

Zaman dulu kita tengok tv hitam putih lepas tu baru ada warna. Zaman sekarang ada tv SD dan kemudian tv HD. Maka datang pulak tv digital selepas tv analog. Mengapa kita perlu kepada tv digital.

Pertama nya dari segi kualiti penerimaan. Dengan tv digital kita akan mendpat isyarat yang stabil tidak seperti tv analog. Kualiti tv digital setanding dengan kualiti dvd.

Keduanya keperluan kepada banyak rancangan tv. Kalau dulu kita ada TV1 dan TV2, maka kemudian wujud TV3. Tak cukup dengan itu masing-masing cuba untuk buat tv sendiri maka datanglah NTV7, 8TV, TV9 dan terakhir sekalu TV al-Hijrah. Sebenarnya tak berhenti setakat itu sahaja kerana banyak kompeni sedang mengintai peluang untuk sama-sama melancarkan tv mereka sendiri.

Kos yang rendah dengan melancarkan tv digital. Mana taknya semua tv sekarang yang ada di malaysia ini boleh dipancarkan dengan menggunakan satu pemancar tv digital sahaja. Semua tv tadi dimuxkan dan disiarkan tanpa perlu memasang pemancar berasingan. Itulah kebaikan tv digital.

Keperluan spektrum yang terdesak. Menggunakan sistem tv analog menyebabkan setiap pemancar mempunyai frekunsi sendiri. Dengan banyaknya operator tv, keperluan kepada frekuensi semakin meningkat. Tu belum dikira keperluan oleh pihak lain selain dari penyiaran iaitu telefon, 3g data, 4g data, amatur, polis, tentera dan sebaginya lagi. Untuk berhubung zaman facebook ini semua nak kena ada frekuensi. Frekuensi wi-fi, remote kereta, remote gate dan sebagainya. Masalahnya frekuensi ini macam tanah, tak boleh dibuat. Jadi masing-maasing berkehendakkan frekuensi.

0 comments