Cara baru Menonton TV

Posted by Jiddun Toyyib | Monday, April 20, 2015 | , , | 0 comments »

Semenjak kecil kita dihidangkan dengan hiburan tv. Bermula era hitam putih yang menyaksikan rumah jiran menjadi mangsa kerana bertukar panggung, sehinggalah tv mewarnai mu. Kita pastinya menghitung hari menunggu siri Combat serta BJ and the bear. Bagi mak mak pastinya tertunggu malam sabtu filem melayu.

Kekangan masa dan hari menonton tv ini membuatkan kita terikat kerana jadual yang telah ditetapkan. Jika ingin mengaji, kita mengubah suai masa bagi membolehkan kedua aktiviti dapat dilakukan. Halangan ini menyebabkan ada rancangan yang terlepas episod menyebabkan alur cerita sudah lari dari landasannya. 

Penggunaan kuasa internet ini memberi nafas baru kepada cara menonton tv. Ini kerana, hiburan sekarang telah dapat disaksikan menerusi telefon bimbit masing-masing. Kehadiran Youtube dalam persada alam maya membolehkan kita mencari episod yang terlepas sebelum ini. Kita dapat menonton siri-siri lama dahulu yang membangkit nostalgia dimana bersama kawan membonceng basikal ke rumah jiran menumpang sekaki menonton tv.

Tidak seperti dulu yang memerlukan penantian satu penyiksaan, kini youtube memudah cara menonton tv. Namun sayang keranan skrin yang kecil tidak puas menonton menyebabkan gambaran pun tak jelas kerana kecil.

Namun inovasi youtube ini diperkembangkan lagi dengan penumbuhan industri penstriman yang mampu dilihat menggunakan platform tv. Dengan lahirnya industri ini, cara menonton tv kita tidak lagi dikongkong oleh faktor masa dan hari. Kita boleh menonton pada bila-bila masa sahaja dengan syarat mempunyai talian internet. Jika dulu perlukan aerial dipasang tinggi keawan bagi mengumpul isyarat radio frekuensi, kini kita hanya perlukan data internert sahaja. Ada data, ada tv.

Sesungguhnya era ini yang dipanggil Over The Top OTT telah mengubah cara tontonan masyarakat. Kita tidak perlu risau terlepas program menarik kerana boleh melihatnya pada bila bila masa dengan satu syarat, ada data ada tv. Begitulah cara baru menonton tv   

0 comments