Selamat Tahun Baru 2012

Posted by Jiddun Toyyib | Sunday, January 01, 2012 | , , | 0 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2011 telah selamat meninggalkan kita dan fajar 2012 telah menyinsing. Sebelum terlupa aku ucapkan selamta tahun 2012 kepada korang semua. Semoga 2012 memberi sinar pada kita semua dalam semua bidang yang kita ceburi. Paling penting 2012 lebih memberi peningkatan kepada kita samada dari segi kewangan, pendapatan, taraf hidup, iman, taqwa dan pelbagai lagi. Jadi tahun 2012 lebih baik dari 2011 dalam semua aspek.

Pada awal minggu pertama tahun baru tentunya bapa-bapa seperti akau akan sibuk melayan kerenah anak-anak terutamanya yang baru masuk sekolah. Tahun 2012 puteri aku Irdina Syaziera akan melangkah kaki ke era darjah satu dan ianya merupakan pengalaman pertama aku menghantar anak perempuan kesekolah. Kalau sebelum ini ketiga-tiga yang bersekolah semua putera. Tahun 2012 putera sulung aku Izzat akan belajar di Tinkatan dua, manakala adiknya Irfan, akan belajar di Darjah enam. Anak ketiga kau, Izzul Iqbal akan meneruskan perjuangan dalam Darjah tiga.

Dalam minggu pertama ini, masa dihabiskan dengan membayar yuran dan mendaftar sekolah menengah, kebangsaan dan sekolah agama. Aktiviti lain kurang rancak kerana tumpuan ibu-bapa hanyalah memastikan semua kelngkapan anak dari segi pakaian, kasut, buku, beg semuanya lengkap. Para peniaga tentunya senyum lebar mengira keuntungan dengan hanya berniaga peralatan sekolah sahaja. Nampaknya RM100 yang diberi ihsan kerajaan kepada semua pelajar tidak culup untuk keperluan membeli alatan terpaksa ditampung, namun akau bersyukur juga kerana kurang sikit berbanding tahun sebelumnya. Dengan emapt anak sekolah akau menerima RM400 bantuan persekolahan. Harapan aku semua anak-anak aku berjaya dalam pelajaran mereka tahun ini.

0 comments