Salam sejahtera,
Minggu lepas 4 Jan 2012, hari yang sibuk kerana anak ke-4 aku mula memasuki darjah satu. Anak akau mula belajar tadika tahun lepas seperti posting aku disini. Risau juga aku kerana takut peristiwa 2 tahun lepas berulang lagi. Pada tahun 2010 anak aku ini baru berumur lima tahun dan kami bercadang menghantar ke tadika. Setelah semua keperluan yuran, buku dah siap maka pada hari pertama persekolahan, dia tak mahu dan eronta-ronta untuk pulang. Pada masa tu pulak adik dia masih kecil lagi baru 2 tahun menyebabkan isteri aku susah untuk melayannya. Kami cub memujuk dengan bantuan guru namun tak berjaya dan akhirnya impian untuk tadika tersebut dibatalkan. Mujur darjah satu dia happy sahaja.
Bila anak mula masuk darjah satu emak dan bapak pun ikut sekali. Dari pemerhatian, penuh ibu bapa memerhati kerenah anak masing-masing. Mujurlah pihak sekolah hanya membenarkan ibu bapa di kantin sahaja, kalau tidak dengan ibu bapa sekali masuk kelas. Itu pun sehingga jumaat lepas sahaja dibenarkan ibu bapa menemani anak. Bermula besok anak aku kena berdikari sendiri.
Pada petangnya aku menghantar anak aku pergi sekolah agama pulak dan disini dia agak kurang gembira kerana belum ada kawan. Bila petangnya nampak tak berapa cria sahaja, namun setelah 3 hari bersekolah dia semakin ok.
Aku berharap anak aku ini dapat bersekolah dengan baik dan boleh menerima ajaran dari guru dan sentiasa membuat kerja sekolah.
5 Lessons to Learn From Losing Your Money
11 years ago
0 comments
Post a Comment