Dairi Minggu ke-2 2012

Posted by Jiddun Toyyib | Monday, January 16, 2012 | 0 comments »

Salam,

Minggu ke-2 2012 aku banyak menghabiskan masa menyediakan perancangan dan data stesen pemancar RTM seluruh negara. Buat pengetehuan korang semua, RTM mengendali sebanyak 34 stesen pemancar seluruh negara samada pemancar TV, radio atau kedua-duanya. Sebanyak 24 pemancar di Semenanjung dan 10 pemaancar di Sarawak. Dari 34 pemancar ini kebanyakkannya un manned stesen kecuali di MKL, Kangar, Kota Bahru, Miri, Lawa Mandau dan Layang-layang. Selain dari itu semua beroperasi secara un manned.

Aku mengumpul data stesen ini dari segi kuasa pancaran, ketinggian menara, tinggi antenna, luas tapak, latitud, longitud, arah antenna, ruang kosong antenna, ruang kosong bangunan dan macam-macam lagilah. Kuasa pancaran TV ini diukur dalam unit watt dan pemancar TV memancar dengan kuasa minima 100 watt dan sehingga 10000 watt. Ketinggian antenna pula ada dari 30 meter sehinggalah paing tinggi 150 meter. Itu jarak diukur tinggi menara sahaja bukan tinggi amsl 'above means sea level'. Ketingggian paling tinggi ialah pemancar RTM di Gunung Kinabalu iaitu 2000 meter lebih dengan kod Layang-layang.

Ada stesen yang mempunyai ruang kosong dan boleh disewa kepada CIP 'common infra provider' akan akan diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk melaksanakan projek digital tv terrestrial DVB-T2 dimana kalau projek ini berjalan lancar, rakyat 1malaysia akan dapat menonton 19 saluran TV baru secara digital dengan standard SD dan juga HD. Bersedialah korang semua untuk mengalami pengalaman baru menikmati siaran digital percuma dan say good bye to ASTRO. paling lewat projek digital Tv ini dijangka akan dilksanakan pada awal 2013 di lemabh Kelang dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh negara.

Selain ruang tapak CIP akan memasang antenna baru di menara yang ada ruang kosong dan berkongsi antenna bagi menara yang sudah pack dengan antenna. Ketinggian menara dan jumalah arah adalah berdasarkan kajian untuk meliputi kawasan berpenduduk. Mungkin perlu pasang 1 arah sahaja, 2 , 3 atau disekeliling tower bagi memberi liputan 360 darjah. Dengan kesesakan frekuensi, SKMM dijangka akan memberi frekuensi UHF sahaja kepada CIP dan antenna UHF ini mempunyai spesifikasi 1 m tinggi, 0.5m panjang dan 0.19 m lebar. kebanyakkan UHF antenna dengan 4-dipole boleh menjana gain sehingga 11 dB.

Bagi bangunan yang sempit pihak CIP boleh memasang kabin baru bagi menyedia pemancar mereka. Tanah yang didir bangunan dan menara ada juga milik universiti, yayasan, taman negara, felda dan jabatan hutan. Dengan itu persetujuan dari pemilik tanah perlu bersetuju untuk CIP memasang pemancar mereka di tanah mereka.

0 comments