Pemancar DRM di Malaysia

Posted by Jiddun Toyyib | Wednesday, January 18, 2012 | , , , , , | 0 comments »

Salam 1Malaysia,

Dalam suasana digital sekarang ini, dunia dipenuhi dengan aplikasi digital disekeliling kita. Namun, bagi teknologi penyiaran radio belum nampak halatuju Malaysia untuk memilih teknologi baru bagi menggantikan teknologi analog FM. Pemasangan pemancar digital DAB+ 2 tahun lepas di Menara KL, RTM Kajang, RTM Kelang, TM Bukit Lanjan, TM Bukit Besi dan TM KLIA belum memberi laluan jelas kepada pemancar digital tersebut.

Pemancar DRM atau Digital Radio Mondiale adalah teknologi menggunakan spektrum HF yang biasanya sebelum ini digunakan oleh pemancar radio analog AM. Setiap pemancar DRM boleh memancarkan sehingga 4 siaran radio berbanding pemancar analog biasa. Kelebihan ini seudah tentu memberi banuyak penjimatan dalam mengoperasi pemancar radio sebagai alternatif kepada pemancar analog FM.

Pemancar DRM tidak mengalami kesesakian frekuensi seperti pemancar FM sekarang ini ekrana bilangan pemancar yang minima untuk liputan seluruh Malaysia. Jika menggunakan pemancar radio FM, RTM memerlukan sehingga 63 stesen seluruh Malaysia bagi membolehkan siaran didengar oleh seluruh rakyat, pemancar DRM memerlukan HANYA 2 pemancar sahaja untuk tujuan yang sama.

Penggunaan teknologi DRM juga menjimatkan kerana kerajaan tidak perlu membuat pelaburan memasang di 63 stesen disamping kos operasi dan penyenggaraan. Sudah tentu banyak bezanya kos mengendali 63 stesen berbanding 2 stesen sahaja kan.

Cuma kelemahan teknologi DRM lebih tertumpu kepada faktor alat penerima, dimana kos masih agak mahal berbanding penerima FM. Namun jika DRM dilancarkan secar besar-besaran dan diterima oleh penduduk dunia, sudah tentu harga radio DRM akan menurun. Moga teknologi DRM menjadi kenyataan buat penduduk Malaysia.

0 comments