Salam 1Malaysia,

Pendapatan pasif - kenapa aku perlu ada? Itulah tajuk entri terbaru aku kali ini. Ya pendapatan pasif - satu ayat yang amat menarik, pasif- tak perlu buat apa-apa. Memang seronok kalau ada pendapatan pasif. Aku boleh bersantai, boleh buat kerja lain tanpa perlu hirau bisnes yang aku jalankan. Pendapatn dijana semasa aku sedang membuat perkara yang aku sukai.

Banyak jenis pendapatan pasif yang boleh aku buat tetapi semuanya memerlukan modal yang besar seperti simpanan dalam ASB RM500K, ianya satu pendapatan pasif yang amat hebat. Aku bakal memperolehi RM40K setahun tanpa buat apa-apa. Simpanan aku dalam ASB tersebut akan menjana pendapatan yang boleh menyara aku selama setahun. Namun aku tak ada ASB sebanyak RM500K, jadi pendapatan pasi melalui ASM ustahil bagi aku.

Pendapatan pasif yang ke-2 seperti rumah sewa. Jika aku ada 5 buah rumah sewa dan aku sewakan RM800 sebulan, aku sudah boleh menjana RM4K sebulan secara percuma. Pendapatan dari sewaan tersebut boleh menyara hidup aku namun mana aku nak ada duit beli 5 biji rumah tersebut. Kesimpulannya pendapatan pasif memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibuat oleh aku yang HANYA makan gaji, cukup bulan bayar hutang.

Namun berita baiknya aku jumpa pendapatan pasif terbaru iaitu forexcopy. Aku ikut trader yang berjaya dan dengan modal yang aku mampu, aku boleh jana pendapatan pasif selagi trader tersebut berjaya. Jika trader tersebut gagal, maka pendapatan pasif aku pun gagal. Namun bagi mengelak kegagalan aku cuma target keuntungan 5% sebulan atau 60% setahun. Jika aku mula trading forex dengan RM10K, aku akan dapat RM6K setahun namun belum lagi dapat menyara hidup aku. Aku masih perlu lagi makan gaji. Untuk aku menjana RM 40K setahun bagaiman kiraanny:-

Modal x 60%=RM40K
Modal           = RM40Kx100/60
                      = RM66K
Ya dengan forexcopy aku cuma perlu ada modal RM66K untuk aku memperolehi pendapatan pasif RM40K setahun berbanding ASB iaitu RM500K atau rumah mungkin RM1.5Juta. Yes bestnya kalau ada RM66K, namun RM66K pun tak ada, jadi aku pun mula angan-angan untuk memperolehi pendapatan pasif RM40K setahun. Jika aku bermula dengan modal RM9K berapa tempoh untuk aku menjana pendapatan pasif RM40K setahun. Rule of tumb untuk double duit ialah rule 72 dimana 72 dibahagi dengan keuntungan.

72/5 = 14.4 bermaksud aku perlu 14 bulan setengah untuk menjadikan modal aku dari RM9K menjadi 18K
April 2012 1 - 9K
Jun 2013    14.4 - 18K
Ogos 2014 28.8 - 36 K
Nov 2015  43.2 - 72 K

Ikut angan-angan aku, aku akan mempunyai modal RM72K pada Nov 2015 dan dari tempoh tersebut aku akan memperolehi pendapatan pasif RM3.6K sebulan atau RM43.2K setahun. Kira agak selesa, sebab dengan HANYA bermula dengan RM9K.

0 comments