Antara KPI 2012 Yang Kena Aku Akur

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, January 21, 2012 | , , , , | 0 comments »

Salam 1Malaysia,

Dah hampir sebulan 2012 hadir dalam kehidupan aku dan sempena 2012 skim SBPA bakal dilaksana walaupun tika dan saat ini ditanggukan. Namun ianya akan tetap dilaksanakan juga. Antara elemen dalam SBPA ialah KPI dimana prestasi penjawat awam diukur dengan pencapaian KPI mereka. KPI menentukan exit policy, kenaikan gaji dan juga pangkat kakitangan awam. Oleh itu, aku sebabagai penjawat awam tidak terkecuali mempunyai KPI akau tersendiri yang akan menukur pencapaian kerja aku untuk 2012 ini.

Berbalik kepada KPI tahun 2012 ini, antara KPI aku ialah memastikan siaran radio dan tv menara KL keudara 99.95%. Jika aku berjaya 99.95% baru on target, dan jika kurang 99.95% below target. KPI laian yang memastikan siaran radio gelombang pendek sebanyak 98% dari jumlah siaran. Untuk memastikan tercapai sasaran tersebut, aku mesti memastikan penyenggaraan dan operasi pemancar radio SW, FM dan TV sentiasa dalam keadaan optimum. Untuk memastikan pemancar tadi beroperasi optimum, jadual penyenggaraan cegahan hendaklah dipastikan diikuti dan kakitangan mahir membuat penyenggaraan pembaikan. Kakitangan perlu dilatih supaya kepakaran bertambah demi memastikan perkhidmatan radio dan tv tadi tidak terjejas.

Selain dari KPI pemancar, aku juga perlu memastikan aku dan kakitngan lain berkursus selama 2 hari tahun 2012 ini. Kegagalan setiap orang hadiri kursus 2 hari tahun ini akan menjejaskan markah prestasi keran tidak mengikut KPI. Ok yang ini agak mudah, namun 1 lagi KPI kursus ialah 50% kakitangan mesti menghadiri kursus selama 7 hari. Dari 30 kakitangan aku, 15 orang mesti menghadiri kursus selamat 7 hari. Ini merupakan cabaran untuk aku mengatur semua kakitangan aku untuk menjalani kursus.

Antara KPI lain ialah pengurusan bajet dimana 98% bajet yang dibekalkan mesti digunapakai. Kegagalan berbelanja akan mengakibatkan KPI tidak tercapai nak mengakibatkan kesan kepada markah prestasi. Untuk itu aku perlu merancang dengan segera supaya bajet yang diber dapat aku habiskan sebelum menjelang hujung tahun 2012. Kalau boleh beli sebarang cepat juga habis bajet ni, tapi kena ikut prosedur la pulak. Hmmm...

0 comments