Dairi Minggu ke-3 2012

Posted by Jiddun Toyyib | Sunday, January 22, 2012 | , , , | 0 comments »

Salam 1Malaysia,

Minggu ke-3 dimulai dengan mesyuarat bersama Jabatan Penilaian Harta, Bahagian Khidmat Pengurusan berhubung cara untuk menyewa tanah, ruang lantai dan ruang menara kepunyaan RTM. Aku menyediakan presentation kepada ahli mesyuarat berhubung maklumat yang perlu diketahui sebelum pihak Penilaian dapat menentukan kadar sewaan tersebut.

Selepas mesyuarat tersebut, aku juga menghadiri mesyuarat berhubung KPI dimana ketua Bahagian Perkhidmatan Teknikal membentangkan KPI yang perlu dcapai oleh sebuat seksyen dan unit bagi tahun 2012. Antara KPI yang dibentangkan agak mencabar, walaupun sestengah KPI telah kami lalui sebelum ini. KPI berhubung semakan kekuatan mdan isyarat amat mencabar dimana seksyen kami dikehendaki menyemaik 60 stesen pemancar seluruh semenajung. Jika diambil secara purata, 5 stesen pemancar perlu diukur kekuatan medan isyarat mereka setiap bulan.

Antara KPI lain ialah memastikan semua aduan pemancar diselesai dalam tempoh 48 jam. Ini amat mencabar bagi memberi response kepaa semua aduan dalam tempoh 2 hari bekerja sahaja. Jadi, seksyen kami perlu berkerja keras tahun ini bagi membolehkan KPI yang dirancang oleh bos kami dapat dilaksana.

Selain itu akau dan rakan yang lain dikehendaki menyediakan senarai perolehan untuk tahun 2012 samada alatganti atau penyenggaraan kecil. Unjuran perbelanjaan yang perlu kami kira ialah untuk 6 bulan pertama tahun ini, dan kami semua bertungkus-lumus menyediakan senarai dan anggaran kerana mereka meminta ke tahap objek lanjut sesuatu pecahan kepala dalam tempoh yang amat singkat. Syukur, senarai tersebut kami dapat sedia siap dengan anggaran harga sekali.

Akhir minggu lepas, akau berbincang dengan kakitangan dengan memberikan mereka KPI yang aku hendak mereka laksanakan selain dari KPI yang telah diberi oleh pihak pengurusan. yalah takkan dengan KPI bos sahaja, aku pun menyediakan senarai KPI yang aku jangka mereka boleh laksana demi meningkatkan mutu dan prestasi kerja mereka semua.

Minggu lepas juga, unit aku ada melaksanakan kerja diluar kawasan dengan membuat penukaran frekuensi pemancar TV di Gadong, Sabah dari frekuensi 31 ke frekuensi 40. Penukaran frekuensi tersebut memerlukan penalaan LO, RF/IF dan IF amp, combiner dan chennel filter bagi epmancar tersebut. Pegawai lain mengikuti pihak SKMM menyemak frekuensi pemancar radio dan TV diutara Semenajung. Semua tempat tiada sebarang masalah kecuali di Bukit Mempelan sari, grik Perak dimana frkeunsi radio Perak tersalah 0.1 MHz. Perubahan akan dibuat dalam tempoh terdekat. Kami juga membaiki paparan RDS bagi pemancar Klasik FM dari Gunung Ulu Kali, Pahang.

0 comments