Macam-macam Hari ni 3 Jan

Posted by Jiddun Toyyib | Monday, January 03, 2011 | , | 0 comments »


Hello dan Salam Sejahtera,

Minggu pertama tahun baru amat menyibukkan. Hari persekolahan baru bermula bagi anak ke empat aku Irdina. Hari ini Dina (gambar) memulakan tadika 6 tahun. Kalau tahun lepas masa 5 tahun, pada awal tahun 2010 dia gelepar habis ngeng tak nak sekolah. Masa beli beg serta baju bukan main nak sekolah tapi bila tiba masanya meronta-ronta nak balik tak nak sekolah. Terpaksa aku cancel padahal yuran semua dah bayar. Pagi tadi suspen jugak aku takut peristiwa lalu ulang kembali. Masa hantar kat pintu kelas dia nampak ok dan terus masuk je. Tunggu sekejap dan pulang.

Pada awal pagi sebelum tu hantar angah dan acik masing-masing ke sek kebangsaan dan agama darjah 5 dan darjah 2. Pukul 1030 masa aku balik sarapan dari jauh aku dengar anak aku 'lacat' berborak dengan mamanya. Huh dalam hati aku lega ni mesti ok punya. Memang betul seharian dia asyik cerita pengalaman hari pertama dia sekolah sampai tak larat nak dengar. Pah tu pulak dok tanya bila gelap sebab nak pegi sekolah pulak besok. Tu dia...

Pukul 1100 pulak ambil acik dari sek agama bawa balik rumah dan ready untuk sekolah kebangsaan. Pukul 1230 hantar yang sulung aku Izzudin ke sekolah menengah. Tahun ini dia mula belajar tingkatan satu, satu pengalaman baru bagi dia juga. Pukul 1300 hantar acik sekolah kebangsaan dan 1330 ambil angah dari sekolah kebangsaan. Pukul 1430 hantar sekolah agama pulak. Huhhhh...Lepas hantar angah gi sekolah agama aku gi pejabat padahal aku cuti ganti ari Jumaat hari tu kerana dah istihar cuti umum. Walaupun gitu aku gi jugak just untuk tandatangan klaim staff kang ada tak dapat klaim pulak. Habis jam lima aku terus pulang. Jam 6 ambil angah dari sekolah agama dan jam 6.30 petang ambil along dan acik dari sekolah kebangsaan. Kiranya penuh aktiviti aku hari ini.

Bila anak mula sekolah ni aku ingat masa aku sekolah dulu. Jam 6.15 pagi aku dah turun rumah on the way to Sabak tunggu bas nak ke sekolah aku di SMSI Telipot KB. Petang baru aku sampai rumah. Aku dengan kamal dan Sukiman sama-sama tunggu bas dan ke sekolah. Ntah kat mana diaorang sekarang aku pun tak tahu. Dalam facebook pun tak jumpa, kalau jumpa best gak leh sembang 2.

Kat bank harinie ramai beratur panjang masing-masing nak update buku asb tengok berapa dividen dapat setelah setahun berikat perut menabung nak tengok la hasil dari usaha tersebut. Aku rileks dulu hujung bulan kot baru nak update dan tambah pelaburan sekali. Member sepejabat dah pegi update dan aku nampak senyum meleret je. Bak kata orang kalau buat bisnes taka dapat 15% setahun baik takyah.. simpan asb dan main 'telor je'. Tak yah nak pening-pening kerana asb adalah terbaik setakat ini tak ada yang boleh challenge. So apa lagi mana duit baki2 tuh jom simpan banyak-banyak kat asb tak rugiiii

0 comments