Teknologi Baru TV - DVB-T2

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, April 03, 2015 | , , , | 0 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembuka cerita pada kali ini, aku hendak nukilkan berkenaan dengan dvb-t2. Mungkin korang perasan dan telah pun berangan-angan untuk menikmati saluran dvb-t2 seperti yang telah diwar-warkan. Jika korang telah berkenalan dengan dvb-t2 aku ucapkan tahniah. Namun bagi yang belum, meh kita enal-kenal dengan sahabat baru kita dvb-t2.

Sapa dvb-2 ni? Dvb-T2 ni adalah jenis baru cara melihat tv di Malaysia yang tercinta ini. Kalau korang menonton tv menggunakan antenna, korang sekarang sebenarnya menerima siaran menggunkan teknologi analog. Jika korang menonton tv melalui piring Astro, korang sebenarnya menerima siaran tv digital. Ok korang ni dalam kategori yang mana satu?

DVB-T2 ialah Digital Video Broadcasting-Teresstrial 2. Seperti  namanya, dvb-t2 ialah siaran tb digital yang dipancarkan dari menara pemancar dan diterima oleh korang menggunakan antenna. Jika Astro menggunkan piring, dengan dvb-t2  cuma menggunakan antenna biasa sahaja. Siaran dari gunung atau bukit akan dipancarkan sehingga samapai ke rumah korang semua.

Apa istimewanya dvb-t2 ni? Korang pun tahu beza antara gambar tv guna antenna dengan gambar tv guna piring kan. Itulah bezanya dari segi kualiti ganbar dan suara. Dengan dvb-t2, gambar adalah sempurna tanpa herotan dan juga berbintik-bintik. Gambar yang dihasilkan jelas dan cantik. Terima kasih kepada teknologi  dvb-t2, dimana kadar penghantaran data boleh mencapai sehingga 38 mb/s. Bayangkan sehebat-hebat streamyx atau unifi pun cuma 20 mb/s sahaja, namun dengan dvb-t2, kadar penghantaran data boleh sehingga 38 mb/s.

Dari segi kualiti gambar dan suara tiada persoalan disini. Jadi dengan dvb-t2 kenikmatan menonton akan sempurna dari segi gambar dan suara. Kandungan? Ini yang jadi persoalan kerana jika kualiti teknikal terbaik pun, jika kandungannya hampas, tak boleh pergi juga. Lupakah kita kepada madu 3? Berapa kali kita menonton? 10, 20 kali masih ketwa menontonnya, sedangakan kualiti gambar dan suara tiada. Namun kekuatan kandungan membolehkan penontoon menonton berulang kali. Jadi kita berharap dengan kualiti gambar dan suaran akibat penggunaan dvb-t2 ini, kandungan pun sama standard jangan teknikal A+, rancangan C- sudahlah.     

0 comments