Persediaan Menyambut Hari Raya

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, August 05, 2011 | , | 0 comments »

Salam Ramadhan,

Ramadhan yang mulia telah pun lima hari kita lalui. Diperingkat ini ramai bapa-bapa seperti aku ini mula memikirkan untuk membeli keperluan sebagai persediaan hari raya. Bagi mereka yang berjimat dari awal tahun dapat senyum kerana tiada masalah kewangan. Bagi yang tak bersedia, parah juga memikirkanya. Mana taknya, beli baju, perbalanjaan balik kampong, belanja kat kampong, kuih raya lagi dan macam-macam.

Aku mula memikirkan untuk menggunakan kemudahan kad kredit yang aku ada. Memang kebanyakan kita semua ada kad kredit masing-masing. Untuk perbelanjaan pakaian dan segala yang boleh digunakan kad kredit, aku akan cajkan semua perbelanjaan tersebut kepada kad kredit. Setelah penyata kad kredit samapai aku jangka selepas raya, aku akan pindahkan baki kad tersebut kepada kad kredit yang lain. Buat maa ini kad kredit bsn dan Bank islam menawarkan pakej 0% untuk pembayaran selama 6 bulan.

Dengan langkah ini aku akan menjimatkan interest kad kredit tersebut berbanding aku membuat bayaran selama 6 bulan pada kad kredit pertama. Simulasi seperti dibawah:

KK1 Belanja RM3000.00
Bulan 9 Bayar 500
Bulan 10 RM2500 + 37.5 = RM 2537.5
Bulan 11 RM2037.5 + 30.6 = RM2068.1
Bulan 12 1568.8 + 23.5 = 1592.3
Bulan 1 1092.3 + 16.4 = 1108.7
Bulan 2 608.7 + 9.1 = 617.8
Bulan 3 117.8 1.8 = 119.6
Bulan 4 0
Jumlah interset = 118.9

Kk1 Belanja RM3000
Bulan 9 pindah KK2
Bulan 10 RM 500.00
11 RM 500.00
12 RM 500.00
1 RM 500.00
2 RM 500.00
3 RM 500.00
4 RM 0
Jumlah Interset 0

0 comments