Pekeliling SBPA dah keluar

Posted by Jiddun Toyyib | Wednesday, December 07, 2011 | , , , | 0 comments »

Salam, kepada rakan yang search berkenaan pekeliling SBPA, pekeliling tersebut sebenarnya telah dilancarkan oleh KP JPA hari ini. Namun carian aku dilaman web JPA masih belum ada. So aku berpendapat hari ini diorang lancar dan besok barulah pekeliling tersebut di muat naik di server JPA. Jadi bersedialah untuk download pekeliling tersebut awal-awal pagi.

Namun bila aku pikirkan kembali, buat apa nak kecoh pasal pekeling SBPA tersebut kerana ianya secara automatik akan terpakai kepada semua kakitangan awam yang memilih opsyen SBPA. Jadi kalau korang tandatangan opsyen tersebut maka dapatlah manafaat dari SBPA ni. Cuma mungkin bersemangat nak tahu tambahan gaji yang bakal dinikmati oleh setiap orang. Perlu ingat jika tambahan gaji yang kerajaan bagi menerusi SBPA disalahguna maka tiada gunalah menerima SBPA jika ianya tidak mengubah situasi korang. Jika lebihan gaji SBPA digunkan untuk yang berfaedah seperti menambah simpanan maka akan terjaminlah masa depan. Tapi kalau setakat nak tukar handphone 4 bulan sekali baik takyah.

Jadi pandai-pandailah urus kewangan dengan manafaat BPA supaya kualiti hidup meningkat dan seterusnya membebaskan diri dari masalah hutang. Jadikan lebihan pendapatan dari SBPA untuk platform bagi menjana simpanan dan seterussnya secara perlahan membayar hutang piutang semua .. ok

0 comments