Selamat Tinggal 2010

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, December 31, 2010 | 0 comments »

Selamat Datang 2011

Semasa aku menaip coretan ini tahun 2010 bakal meninggalkan aku dengan seribu kenangan pahit dan manis bersama 2010. Tinggal 22 minit lagi tahun baru 2011 akan muncul menjanjikan seribu pengharapan.

Dalam dok melayan ironman2 di TV3 selepas menonton Mercury Rising di AXN, aku luangkan masa untuk mencoret kenangan aku sepanjang 2010. Tentunya banyak kejayaan dan juga kegagalan aku dalam bidang internet pada tahun 2010 ini. Kegagalan paling besar aku ialah kehingangan modal hampir usd250.00 bila aku membuat transaksi forex. huhh... dekat RM800 tu duit aku terbang gitu je.

Aku juga gagal dalam projek npn dimana aku menyertai teamswellnpn yang menjanjikan profit dalam masa sebulan. Aku join 21 hb oktober dan mengikut perjanjian aku akan ada 2 downline dalam sebulan. Namun semua palsu sehinggakan nak masuk bulan ke-3 21 disember sorang downline aku tak dapat. Kat sini saje aku loss usd24.00 bayaran untuk 2 bulan.

Aku juga rugi rm70 dalam bisnes tunetalk. Kos utk tunetalk ialah rm70 utk starterpack dan aku tak dapat cari sorang pun downline. Aku feedup dan berhenti rugi lagi rm70.00 Memang aku ni takleh buat bisness mlm atau networking. Itu belum dikira dengan kos bayaran broadband aku setiap bulan. Ntahla... Tapi aku masih ada satu program lagi.. dok teruskan incremntalcash... dah 3 bulan join dan aku target setahun aku nak tengok perkembangannya kerana modalnya pun kecik usd2.75 sebulan.

Awal Nov aku join neobux dan seminggu lepas tu aku join pulak onbux. Kedua benda FREE aje dan aku tak bayar sesen pun. Anganku ialah aku boleh jadikan benda dua ekor ni mesin duit aku untuk aku dapat balik modal yang aku hilang tahun 2010 ni. Namun hasilnya mungkin baru boleh nampak hujung 2011 kelak. Aku target untuk buat neobux dan onbux ni setahun dan aku nak tengok sejauh mana dia boleh pegi. Jika berjaya aku dapat balik duit aku yang hilang tu alhamdullillah, jika tak takde rezeki lagi la nampaknya. Setakat ini aku dah dapat sewa 9 orang untuk neobux dan 6 orang untuk onbux. Tahun depan aku target nak sewa 100 orang untuk neobux dan 100 untuk onbux. Jika segalanya berjalan lancar dalam setahun aku dapat ambil balik kerugian aku pada tahun 2010. Itulah harapanku untuk 2011 nihhh

Masa kat komputer aku 2 minit lagi nak habis 2010... ironman pun dah habis, anak aku pun dah tidur.. apa lagi boleh aku coret sementara nak tunggu count down nie... ops aku nak kena coret lagi azam dan anganku untuk tahun 2011 nanti. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 pop pop pop ping brenggggg bunyi bunga api...

Welcome 2011

0 comments