Coretan Akhir Tahun

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, December 28, 2010 | 0 comments »

Assalamualaikum,

Ya diam tak diam rupanya aku kini dah hujung tahun sangat. Tinggal 3 hari lagi aku akan menerima kedatangan tahun baru masehi 2011. Tahun 2010 akan meninggalkan aku dengan kenangan pahit dan manis. Tahun 2011 akan aku sambut dengan seribu pengharapan.

Ok bercakap tentang 2010 banyak pahit manis aku kecapi bersama famili, rakan sekerja dan kawan-kawan. Kenangan manis bersama famili dimana aku melihat 5 anakku membesar didepan mata dengan sihat sejahtera dan menjalani kehidupan dengan bahagia. Aku suka sangat melihat telatah anakku terutama si bongsu yanag baru belajar bercakap. Seronok sekali mendidik anak perempuanku yang berumur 5 tahun yang cuba belajar a b c. Yalahhh masa awal tahun masa aku nak hantar tadika tak nak.. menangis-nangis, meronta-ronta tak nak sekolah. Ha lepas tu mula la nak belajar risau latu takut nanti bila bukak sekolah minggu depan kawan lain dah kenal huruf, awaktu tak tau apa.. tu la kitaorang cuba ajar sendiri taklah dia terkaku nanti.

Bagi anakku ke-3 tahun ini merupakan sekolah tahun 1 bagi dia. Jadi dia dalam transisi dari tadika ke sekolah kebangsaan. Aku nampak dia ok dan rileks je tak banyak kerenah. Walaupun nombor tak berapa baik kira oklah. Anak ke-2 dah darjah 4 semua ok cuba tang badan je... mengalahkan aku. Baju aku pun dia boleh pakai bahagia sangat dia kot,, happy selalu nampaknya. Sekolah pun ok cuma akau azam sorang-sorang supaya dia kurus sikit. Aku tak tau macamana tapi nampaknya kena sediakan jadual senaman selain jadual membaca. Anak sulung aku tahun ini upsr keputusan pun dah keluar. Dia dapat 5A tapi rezeki tak ada nak ke asrama. Jadi dia sekolah kat taman kami sajalah. Yang bestnya jugak baru tahun ini dia bersunat. Biasalah orang kampong aku diaorang sunat bila darjah enam sama cam aku dulu. Cuma bila kat sini budak-budak darjah dua pun dah sunat.. tak taulah aku apa mereka nak kejar.. tapi aku masih ikut stail kampong aku sunat bila nak masuk sekolah menengah.

Ok ahun ini juga aku ada kenangan manis dimana aku struktur semula kewangan aku. Kalau sebelum ini dapat gaji bayar hutang aku struktur semula supaya aku dapat menyimpan sebagai bekalan hari tua. Jadi aku perlu menjalankan beberapa tugasan. Antara tugasan aku ialah mendapatkan sehingga 4 kad kredit, buat OD dan refinance rumah aku. Semua tugasan tu aku dah siap melaksanakan. Kad kredit aku ada lima 4 untuk tujuan struktur dan 1 untuk tujuan sendiri. Heran betul aku orang nak potong kad kerana fi rm50 tu tapi aku ada sampai 5 kad free je kena bayar rm250 setahun. OD aku pun dah siap dan diluluskan jadi adalah platform aku untuk struktur semula kewangan aku. Oktober lalu refinance rumah aku siap diman pihak bank telah selesai bayar ke treasury. Pelik jugak kan..semua orang nak loan goverment kerana interest rendah cuma 4 % sahaj sedangkan kalau bank ikut blr. Dengan blr sekarang aku kena 4.4% kalau blr naik naik lagilah interest rumah aku tuh... tak pasal-pasal kan. Tapi tu lah dah nak struktur kewangan aka terpaksa aku buat camtu

OK perihal kerja semua ok je cuma tahun ini aku tak ada keluar negara. Tak macam tahun lepas dan sebelum ini. Paling tidak pun ke Thailand atau Indonesia. Paling jauh aku pergi ke Italy. Negara yang aku dah samapai ialah Jerman, Itali, Australia, Thailand dan Indonesia. Tahun ini cuma ke Johor dan Pahang sahaja. Tapi aku seronok gak kerana naik pangkat he he

OK anak aku pun dah tidur aku cow dulu.. next posting akau cerita azam dan angan aku tahun ini. Wassalam

0 comments