Apakah Azam 2011 Aku Tercapai?

Posted by Jiddun Toyyib | Friday, December 30, 2011 | , , | 0 comments »

Tinggal 1 hari lagi 2011 akan mengucapkan bye-bye kepada aku dan 2012 akan menyapa aku didinihari. Setelah 365 melalui detik-detik manis dan pahit 2011 maka tibalah masanya mengucapkan selamat tinggal. Apa yang terpikir oleh aku ialah azam dan angan yang aku tekad dan bulatkan dalam sanubari menghela nafas kehidupan 2011 adakah tercapai atau menjadi angan semata.

"Sebagai pemula bagi menempoh cabaran 2011 aku berazam seperti berikut:-1) Mengekalkan tabiaat suka menyimpan. Semua simpanan dihalakan kepada ASB sahaja dengan peratusan tidak kurang 30% dari pendapatan.2) Menyertai bank persatuan dengan membuat pelaburan sekurang-kurangnya rm1000"

Kenyataan diatas adalah azam aku untuk 2011 dimana dari 2 hanay 1 tercapai dimana aku menyimpan didalam ASB sahaja. Hampir 45% duit gaji aku simpan di ASB melebihi sasaran 30%. Namun bagi azam bank persatuan tidak kesampaian kerana faktor dividen yang kurang menarik.

"Angan-anganku pula1) Membeli rumah ke-22) Membeli MPV baru menggantikan exora3) Memenuhkan simpanan asb sebanyak 200k"

Bagi angan-angan pula langsung tidak kesampaian. Impian untuk membeli rumah tahun ini tidak mampu aku laksanakan. Impian untuk menukar exora telah aku ubahsuai dengan menukar proton wira kepada honda city. Kiranya impian no 2 tuh separuh tercapai ler memandangkan usia exora dan wira yang agak jauh dimana wira memerlukan penyenggaraan lebih tinggi maka akau memutuskan untuk menggunakan Honda City sebagai kenderaan peribadi dan proton Exora sebagai kenderaan keluarga. Tentang memenuhkan ASB tu masih jauh lagi impian tersebut.

Bagi azam internet1) Klik neobux dan onbux setiap hari2) Jana duit FREE usd2.00 sehari3) Sewa 100 dl di onbux dan neobux4) Dapat cover rugi tahun 2010

Azam internet tak banayk dicapai kerana onbux dan neobux adalah SCAM teragung. Namun dengan program JBP aku boleh menjana usd3.00 sehari dan dalam proses untuk cover kerugian sebelum ini.

Angan-angaku pula1) Beli hp baru guna duit FREE2) Tukar laptop baru guna duit FREE3) Simpan duit FREE dalam ASB4) Invest duit FREE supaya lebih dapat banyak duit5) Guna duit FREE iklankan program berbayar yang boleh menjana komisyen

Yang ni langsung tak tercapai.

0 comments