Salam Geng,
Hari Malaysia ini kalau mengikut sejarah ialah penyertaan kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia. Kalau korang nak tau lebih lanjut google je la kan. Namun aku sebagai anak bangsa merasa amat bangga dengan negara aku ni walaupun kehidupan agak perit juga. Sebelum kita merayakan Hari Malaysia, kita rakyat telah dikejutkan dengan pengurangan subsidi minyak yang secara tak langsung telah meningkatkan kos kehidupan kita.
Inilah realiti bagi kita rakyat di bumi bertuah ini dimana rakyat didahulukan, manakala pencapaian diutamakan. Apa yang aku nampak, rakyat lah yang mula kena bagi sesuatu keadaan atau tindakan dari pihak kerajaan atas alasan kononnya meeningkatkan ekonomi negara. Kerajaan tanpa perlu pikir jauh, nak tambah pendapatan, kurang subsidi atas nama resiolisasi konon. Pencapaian yang diagungkan kerajaan setakat ni entah kemana. Tiada apa dibangga setelah kerajaan baru dibentuk selepas PRU13 yang lalu, hanya retorik dan omongan kosong semata tanpa sebarang fakta. Rakyat pula kelihatan menerima sahaja almaklumlah digula-gula dengan BRIM yang tak seberapa. Itulah aku nak cakap.. apa pun Selamat Hari Malaysia
0 comments
Post a Comment