Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tengahari nie sambil-sambil aku dok siapkan spesifikasi pocket filling tv nih aku nak ceritakan sikit pasal pemancat TV digital. Ya dari segi istilahpemancar tv digital dvb-t ialah alat yang menukarkan isyarat ASI kepada isyarat radio frekuensi dan memancarkan siaran dalam frekuensi dan kuasa yang dikehendaki. Maksudnya rancangan (program) dari studio akan di multiplex dan dihantar ke pemancar dalam bentuk ASI dan masuk ke alat pemancar. Alat pemancar akan memnacarkan isyarat DVB-T dalam kuasa yang dikehendaki cthnya 10 kW dengan frekuensi ch 48.
Untuk membolehkan alat pemancar DVB-T tadi memancarkan isyrat tentulah ianya terdiri dari pelbagai komponen. Antara komponen yang terdapat dalam alat pemancar tak kira analog atau digital ialah :-
a) Exciter
b) Power Amplifier
Exciter ialah komponen utama alat pemancar tanpanya alat pemancar tidak berfungsi. PA pula bertugas menguatkan isyara t kepada tahap yang dikehendaki. Ini kerana exciter menghasilakn kuas yang rendah sahaja umpamanya 5 watt. Jadi PA tadi menguatkan isyarat supaya dapat dipancarkan ke kawasan yang lebih luas liputannya.
Beza antara pemancar analog dan digitala adalah seperti berikut:-
a) Modulasi
b) Kualiti
c) Tambah nilai..
Dalam analog pemancar tv menggunakan modulasi AM untuk video dan FM untuk audio manakala dalam digital mereka menggunakan COFDM coded ortogonel Frequency Division Multiplex. Dalam analog kualiti gambar dan suara berubah bergantung kepada kekuatan field strength manakala dalam digital kualiti adalah tetap sehinggalah clift effect berlaku dimana decoder tidak lagi mampu membuat corection pada nilai viterbi dan reed solomon. Secara mudah untuk digital samada ada gambar atau tiada. Dalam analog pemancar boleh hantar audio dan video serat btiteks sahaja manakala dalam digital banyak tambah nilai seperti EPG, Slide Show, VOD, Interaktif dan banyak lagi. Pendek akat digital banyak kelebihan berbanding analog.
5 Lessons to Learn From Losing Your Money
11 years ago
0 comments
Post a Comment