Selamat Menyamut Hari Raya Qurban

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, November 16, 2010 | 0 comments »

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama jugak aku tak mencoretkan sesuatu di alam maya ini. Yalah dalam kesibukan tugas seharian menyebabkan aku sedikit terlupa dengan janji aku sendiri untuk menukilkan sedikit coretan di ruang blog yang tak seberapa ini. Minggu lepas aku sibuk naik turun gunung. Awal jinggu lepas aku panjat Gunung Pulai di daerah Kulai Johor demi tugasan baru. Tugasan tersebut menyeronokkan aku kerana dapat menimba ilmu baru dan menambahkan kefahaman aku dalam bidang aku iaitu pemancar analog tv. Setelah seharian membuat ujian maka pemancar baru telah ditauliahkan.

Selepas turun Gunung Pulai aku balik kajang dan suspens pulak nak menunggu result anak sulung aku izzad yang baru-baru ini telah selesai mengambil upsr. Alhamdulillah anak aku dapat 5A dan terpancar kegirangan diwajahnya. Orang rumah aku pulak asyik berdebar macamlah dia yang periksa. Aku cool sahaja hehh..

Selepas tahu result aku naik pulak gunug Ledang di Tangkak Johor. Ni bukan nak jumpa tuan puteri tapi nak jumpa geng pemancar yang seangkatan dengan Pulai ujian mesti dibuat untuk mengesahkan keupayaan nya demi memastikan audiens dapat menerima siaran dengan baik.

Huhhh itulah aku dalam seminggu ni. Kiranya pengorbanan dalam menjalankan tugas harian demi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Bila masuk opis semalam ada member bagi tahniah tak tau pasal apa. Kemudian dengar-dengar banyak rakan kena transfer ke Sabah dan Sarawak. Katanya nama aku naik jugak tapi tak tahu mana hala tuju. Aku tunggu surat dari semalam dan hari ini belum ada. Jadie tak jadi? suspens lagi!!!

Apapun tugas mesti laksana. Pengorbanan terhadap kerja mesti ada. Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha aku mengingati pengorbanan orang tua aku kat kampong yag membela dan membesarkan aku sehingga aku jadi sebegini. Lepas ni pulak aka kena berkorban untuk anak aku yang 5 orang ini. Pengorbanan boleh dalam bentuk macam-macam. Asalkan ikhlas

Sekian untuk kali ini.

0 comments