Siapa Aku?

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, October 28, 2010 | 0 comments »

Salam,

Seperti aku maklumkan semalam, hari ini aku nak ceritakan serba sedikit tentang aku. Aku seorang kampong boy yang diputerakan dalam kesejukan air bah semasa bah merah jauh di Bachok Kelantan dikampong bernama Beris, Wakaf Aik. Aku merupakan putera sulong ayahanda dan bonda aku yang berkerja kampong.

Masa kecik aku telah berpindah ke kampong ayahanda diseberang sungai Kemasin/Semerak di daerah Sador iaitu Kampong Pulau Gajah. Perhubungan antara kampong ayahku dan ibuku menggunakan sampan semata-mata. Di kampong Pulau Gajah aku dibesarkan bersama adik-adik aku seramai 5 orang lagi.

Bila cukop umur nak sekolah ayah menghantar aku ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah dimana aku menerima pelajaran pertamaku. Masa tu mana ada tadika-tadika nih. Semua terus direct masuk darjah satu. Walaupun gitu aku ni agak pintar jugak la kerana boleh mengalahkan anak pegawai kerajaan, ustaz dan cikgu dimana nombor aku semakin naik dari nombor 8,8,6 untuk darjah satu menjadi 4,3,1 bagi darjah dua. Bagi darjah 3-6 aku dah tak ingat dah kerana kalau tak no 1 mesti no 2.

Bila aku darjah 5 aku periksa penilaian darjah 5. Dulu mana ada UPSR dan aku dapat 4A 1 C. huhhh. sedih C tu tentulah bahasa Inggeris. Dalam kelas aku tak ramai cuma 1 kelas dan ada 30 orang murid sahaja.

Bila Tingkatan 1 aku sekolah jauh dari kampong iaitu di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan. Jauh tu kerana aku terpaksa bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap dan mula kesekolah. Pada mulanya ada bas yang masuk kampong aku... menyebabkan aku tunggu bas seawal jam 6.15 pagi. Tapi tak lama selepas itu bas transit tak ada jadi akau terpaksa berjalan kaki dari rumah ke Sabak yang jauhnya hampir 2 km setiap hari untuk naik bas. Tambang bas pakai pas bulanan kos pada masa tu RM21.00. Kami semua naik bas pak nik lah... masatu syarikat dia kecik lagi iaitu mutiara pahim. Tapi sekarang ni dia dah invest ke bas express dengan nama konsortium Mutiara yang buat perjalanan antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Stesen bas dia di Panchor pada masa dulu. Tak tau Pak Nik Lah ni buat lagi ke dak bas sekolah.

Aku masuk tingkatan 1 start dengan kelas 1K2 dan terus ke 2K1 dan 3K1. Bila periksa SRP aku dapat 12 agregat. Jadi tak leh gi kemana terus sambung ke Maktab Sultan Ismail dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. SPM dapat 17 aggerat.

Lepas SPM terus ke Serdang Selangor ambil matrikulasi dan lepas tu buat Ijazah kejuruteraan (Elektronik/Komputer). Graduate tahun 1993 dan 1994 kerja dengan kerajaan sampai la sekarang. Amacam ok tak. Kiranya akau ni dah pangkat pakcik bagi sebilngan pelayar internet nih.. kerana apa yang aku ceritakan ini berkisar dari tahun 70an, 80an dan 90an... maksudnya akau ni dah 40 tahun lebih le... tak gitu pakcik oiii.

Aku mula keraja di Miri Sarawak selama 5 tahun, Kajang 10 tahun dan Johor 2 tahun.. kiranya dah 17 tahun dah aku kerja dengan kerajaan nih. Sekarang menetap di Kajang bersama isteri dan 4 putera dan 1 puteri. Anak sulung baru habis UPSR baru-baru ini dan akan menyusul dengan anak yang lain. So itulah serba sedikit tentang aku... boring atk hehb he he

0 comments