Coretan Ku Untuk Mu

Posted by Jiddun Toyyib | Wednesday, October 27, 2010 | 0 comments »

Salam,

Kalau melihat tajuk blog ini, gempak gak, macam jiwang-jiwang pun ada. Tapi sebenarnya tujuan akau wujudkan blog coretan2u dialam maya ini saja je nak mengisi waktu terluang sementara penat lelah bekerja. Lantaran itu aku nak coretkan sesuatu apa saja yang terlintas dibenakku.

Coretan2u aku abadikan kepada sesiapa saja yang termengunjungiku kerana mungkin blog ini terpendam amat dalam didasar google dan yahoo.. menyebabkan ianya amat mustahil untuk timbul diaras permukaan. Kepada kamu yang ketemu blog ini, hayatilah coratan ku untuk mu.

Blog yang aku nukilkan ini tidak akan menjadi popular kerana tidak diisi dengan berita sensasi dan cerita hebat. Apa yang ada hanyalah sekelumit coretan semata-mata sekadar luahan aku setelah aku penat mengadap PC setiap hari. Cam kira diari pun bolehlahhh..

Dalam dok mengelamun sendirian maka akan aku coretkan sikit-sikit apa yang aku buat dan pengalaman pahit manis aku. Siapa aku? Nanti aku post siapa aku dalam entri selepas ini.

Jeng...

Bye

0 comments