Projek Buat Duit Free Part2

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, December 18, 2010 | , | 0 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi berjumpa lagi dialamaya. Hari ni sabtu nan indah kerna ianya dipenghujung tahun. Hari yang ceria kerana malam tadi kau bukak web anm.gov.my dan tengok payslip. Hhuhhh terkejut gila kerana duit memangku akau dibayar bulan ini 5 bulan sekali gus. He he kembang idung aku.

Cumanya aku seharian jadi babysitter kerana misses aku ada hal pergi kursus. Jadi tunggang langgang la rumah aku hari. Yang tak bestnya puteri aku pulak tak berapa sihat.. jadinya merengek saja, nasib baik adiknya ok. Opppsss. melalut pulak

Bukan itu aku nak ceritakan. Aku nak bagitau step ke-2 aku dalam projek duit FREE nih. So step pertama aku join mesin atm internet seperti part1. Setelah aku dapat kumpul jumlah yang sesuai aku telah sewa referral untuk lebih income. Untuk sewa referral aku kena ada usd0.80 dalam onbux dan juga neobux. Setelah aku join onbux dan neobux dalam tempoh 20 hari aku dah dapat kumpul 80 sen. Dengan duit itu dapat aku sewa 3 referral bagi setiap program, 3 kat onbux dan 3 kat neobux. apa baiknya sewanih? Ya dengan sewa referral aku akan dapat 1/2 sen bagi setiap klik diaorang. Taklah banyak tapi kalau aku ada 100 referral dan setiap referral klik 1 sehari maka akau dapat 50sen sehari olah tu. Pas tu pulak kalau referral ni tak aktif mengelik macam aku maka aku buleh tukar dengan bayaran 6 sen sahaja. Maka aku pun tunggulah referral akau klik dan akau pun klik sekali.

Setelah dapat kumpul 80sen kali kedua maka aku sewa lagi 3 orang referal menjadikan 6 orang. Ohya setiap sewa tempoh di sebulan sahaja tetapi kalau referral klik setiap hari aku boleh extend secara auto referral tersebut. Best kan. Bayar sekali 25sen dan jadi referral aku sampai bila-bila bagi yang aktif. Bagi yang malas aku kena tukar ke referral baru sehingga aku jumpa referral yang bagus.

Bagi neobux 6 referral aku tu telah menghasilkan 149 klik bersamaan dengan 74.5 sen. Tu belum balik modal lagi kerana kos aku sewa diaorang ialah 1.828. jadi aku perlu tunggu lebih lama lagi sehingga referral tu menjana income untuk aku. Untuk onbux mereka menjana 65 klik manakala kos aku ialah 1.50. Kalau ikut situasi ini aku masih dalam keadaan loss. Namun takpa kerana aku baru sewa diaorang 10 hari baru.

So aku cuma dok rileks dan perati referral akau klik. Yang rajin aku simpan, yang malas akau buang ambil yang lain.

0 comments