Modulasi Digital TV

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, January 11, 2011 | , | 0 comments »

Pemancar Digital TV DVB-T menggunakan modulasi COFDM yang dipancarkan oleh frekuensi Band IV dan band V iaitu dari frekuensi 471 MHz sehingga 860 MHz. Sesebuah pemancar DVB-T boleh dipilih untuk memancarkan frekuensi dalam julat diatas mengikut kelulusan lesen oleh SKMM.

Menggunakan teknik Coded ortogonel Frequncy Division Multiplex, bisingan oleh amplitude yang terhasil dapat dinyahkan. COFDM juga merupakan satu sistem modulasi yang mempunyai banyak carrier "pembawa', tidak seperti modulasi untuk sistem analog. Maksudnya disini untuk menghantar isyarat kepada penonton sistem pemancar DVB-T tadi menghantar dalam beribu-ribu carrier dan dengan itu peluang untuk tidak sampai kepada penonton adalah kecil berbanding satu carrier sahaja dalam analog. Kita boleh ambil analogi jika satu van menghantar barang dan tersadai barang tersebut tak akan sampai kepada penerima. Bagaimanapun jika kita menggunakan banyak van, jika ada masalah kepada 1 atau 2 van, van yang lain dapat sampai kepada pengguna.

Selain dari pembawa yang banyak, sistem digital juga mempunyai subcarrier yang datang dalam bentuk 16 QAM atau 64QAM. Multicarrier dan subcarrier bergabung menghasilkan samada 2048 atau 8192 carrier.

Dalam sistem DVB-T terdapat dua mode iaitu 2k dan 8k merujuk kepada bilangan carrier yang dipancarkan. Untuk 2 k mode, bilangan carrier yang dipancarkan ialah 2048 dan untuk 8k mode bilangan carrier yang dipancarkan ialah 8192 carrier.

Dalam DVB-T juga ada guard-interval dalam bentuk 1/4, 1/8, 1/16 dan 1/32. Guard interval ialah panjang masa setiap simbol. 1/4 bermaksud nisbah tempoh semua simbol. Analoginya untuk 1/4, 3 van dengan satu untuk muatan dan 1 dipenuhi pengawal manakala 1/16 ialah konvoi 15 van dengan muatan dengan 1 van pengawal. Sudah tentu 1/4 lebih teguh kerana dikawal dengan ketat manakala 1/16 lebih longgar kerana kurang kawalan. Dalam digital kita panggil robust dimana signal yang menggunakan parameter 1/4 lebih robust dan imun kepada gangguan dan sistem 1/32 mudah terganggu dengan faktor persekitaran. Bagaimanapun dari segi kualiti gambar 1/4 lebih rendah berbanding 1/32 kerana data yang sedikit seperti kita membandingkan kualiti 38 kb/s dengan 128 kb/s sudah tentu 128 kb/s lebih sedap didengar.

0 comments