Update Lagi Pasal JssTripler

Posted by Jiddun Toyyib | Saturday, August 20, 2011 | , | 0 comments »

Salam Ramdhan dan Selamat Menyambut Hari Raya,

Lanjutan dari post aku sebelum ini tentang jsstripler, hari ini bilangan position aku dalam jsstripler bertambah lagi menjadi 7 dengan pulangan HANYA usd1.4 sahaja sehari. Momentum ini akan membolehkan aku menjana position seterusnya dalam masa 8 hari namun itu tak akan sempat. Kenapa? Sebabnya aku akan bertolak balik kampong pada 27 Ogos ini nanti dan selama seminggu akan beraya di kampong.

Oleh itu position tidak akan bertambah dalam masa 2 minggu akan datang, dengan itu aku akan mengumpul dollar sebanyak usd19.6. Setelah aku balik ke Kajang aku akan withdraw dulu usd20.00 ke dalam akaun alertpay aku dan seterusnya aku akan menunggu 8 hari lagi sebelum menjana usd10.00 semula untuk mendapatkan position seterusnya. usd20.00 boleh aku gunakan untuk projek lain yang masih dalam perancangan.

Proses mengulang-ngu;ang position akan aku terus buat sehinggalah 4 position tamat tempoh dalam masa 45 hari lagi. Setelah position itu tamat aku menjangka akan ada lagi 6 position dan aku telah pun mengeluarkan keseluruhan modal usd40.00 dalam jsstripler. Lepas tu kalau nak lingkup ke aku tak peduli lagi.. modal dah dapat kalau berlakupun rugi masa sahaja lah.

0 comments