Kesilapan Kecil Membawa Padah

Posted by Jiddun Toyyib | Tuesday, August 16, 2011 | | 0 comments »

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa,


Hari Sabtu yang lepas aku bergegas ke mesin deposit Bank Rakyat kerana ingin membayar kad kredit yang due datenya hari ahad 14 Ogos 2011. Malang sekali mesin deposit tersebut offline menyebabkan aku tak dfapat meneruskan niat akau untuk mendeposit. Tapi dalam hati aku berkata 'tak apa esok masih ada 1 hari lagi sebelum due date'. Maka aku pun pulang tanpa sebarang hasil.


Jadi pepagi ahad aku mula bergegas sekali lagi ke CDM mesin di Pekan Kajang untuk melunaskan hutang kau kepada Bank Rakyat. Kecewa sungguh kerana mesin masih offline. Huhh gabara gak aku mana taknya, jika aku gagal membayar sudah tentu aku akan dikenakan caj lewat, itu yang aku tak mahu tu. Caj lewat akan dikenakan sebanyak 5% atau RM5, mana yang tingggi baki baki kad kredit yang belum dilunaskan. Hutang aku ngan Bank Rakyat RM2472.00 maka BR akan mendenda aku RM123.60 tak pasal-pasal. yang aku geramnya kalau aku memang tak bayar oklah nak denda pun, tapi ni aku nak bayar masalah pada mesi lak. Ni yang aku bengang ni.


Ini merupakan pengajaran kepada aku. Sekiranya due date kad kredit aku jatuh pada hari cuti umum atau hujung minggu, aku tak nak tunggu last minute baru nak bayar. aku akan langsaikan sehari sebelum cuit atau selewatnya hari jumaat. Siapa tahu apa bakal terjadi pada mesi cdm mereka pada hari cuti atau hujung minggu. Ini untuk mengelak aku dari kena denda percuma sahaja melayang RM. aku akan ingat ini, RM100 tu boleh buat macam-macam. Isi minyak balik Pulau Gajah pun lepas tuh.

0 comments