Tip Duit FREE RM50.00

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, October 20, 2011 | , , | 0 comments »

Salam,

Lama aku tak update blog di blogspot ni. Ini aku sibuk setup blog wordpress yang lebih user friendly. Sudah dua blog wordpress yang aku lancarkan dengan keyword forex dan debt . Tumpuan aku berikan kepada blog wordpress kerana artikel boleh dipostkan secara automatik. Selain 2 blog tersebut aku sedang juga setup blog wordpress dengan keyword stiforp untuk tujuan marketing bisness internet stiforp. Kalau korang ada masa jemput-jemputlah ke blog baru aku tu.

Berbalik kepada tajuk diatas, agaknya ada tak kompani atau syarikat yang boleh bagi FREE RM50.00 sebulan setiap bulan. Cuba korang fikirkan ... jeng-jeng

Ceritanya gini aku malas nak cakap panjang atau nak jua idea aku nih... nak bagi free je

Ok sebenarnya maybank ada produk card credit 2 dimana korang akan diberikan 2 kad kredit iaitu maybank mastecard dan maybank american express. Dan yang bestnya bila korang belanja pada hari sabtu dan hari ahad, american express akan bagi rebet 5% dari pembelian korang. Katakan belanja kat tesco hari sabtu sebanyak RM500.00 maka korang akan dapat 5% dari jumlah belanja iaitu RM25.00. Tu belum lagi korang isi minyak keta. Tetapi perlu ingat isi minyak keta cuma hari sabtu atau ahad sahaja dan isi selain petronas kerana petronas tak terima american express. Jika korang isi minyak RM 70.00 seminggu sebulan dah RM280.00 dan belanjalah juga untuk lain-lain keperluan cuma pada hari sabtu dan ahad sahaja.

Jika cukup bulan korang belanja rm1000.00 maka bila penyata sapai korang cuma perlu bayar rm 950.00 je, kan dah jimat rm50.0. Macammana nak cukupka rm1000.00, semua belanja set pada hari minggu sahaja

Ini belum lagi kira point dimana american express kasi lagi 5 point untuk setiap rm1.00, so jika belanja rm 1000 dapat 5000 point yang jika ditukar baucer dapat rm25.00.. Huu kalau gitu sebenarnya boleh dapat FREE RM75.00 nih sebulan

jadi pakatlah mohon kad kredit maybank kard 2

0 comments