Pemancar di Kelantan

Posted by Jiddun Toyyib | Thursday, January 20, 2011 | , , | 0 comments »

Petang semalam aku bertolak dari KL ke Kelantan kerana ada tugasan rasmi. Aku melalui Gua Musang dan bermalam di Tanah Merah di Epy Hotel, hotel baru milik seorang usahawan wanita dsini. Dengan harga yang berpatutan hotel epy ini bakal mampu bersaing dngan hotel besar yang lain. Aku akan bermalam disini selama 2 malam dan akan bertolak balik ke KL besok pagi. Sepanjang di Tanah merah ini akau memerhatikan siaran radio dan TV rtm yang dipancarkan dari Bukit Bakar Machang. Secara keseluruhannya kualiti audio dan video pemancar FM dan TV rtm disini adalah baik.

Bagi pendengar untuk maklumat anda semua boleh menala frekuensi 97.3 Mhz untuk mendengar coloteh dj kelate di Tanah Merah ni. Siaran dapat didengari hampir ke Jeli. Bagaimanapun bagi penduduk Jeli pihak RTM ada pemancar di Bukit Tangki Air Jeli yang memancarkan 6 siaran radio dan 2 siaran tv analog. siaran kelate FM boleh diikuti menggunakan frekuensi 90.00 Mhz di Jeli.

Senarai penuh frekuensi di Tanah Merah yang mendapat siaran dari Bukit Bakar Machang ialah:-
Klasik Nasional 95.5 Mhz
Muzik FM 96.5 Mhz
kelantan FM 97.3 Mhz
Traxx FM 98.5 MHz
Ai FM 99.3 MHz
Minnal FM 100.9 MHz
Frekuensi untuk penduduk Jeli ialah:-
Klasik Nasional 88.4 MHz
Muzik FM 89.2 MHz
Kelantan FM 90.0 MHz
Traxx FM 90.8 MHz
Ai FM 91.6 MHz
Minnal FM 92.4 MHz

Hari ini aku ke jeli secara spesifiknya di Batu Melintang, Dabong dan Air Lanas. Semuanya kerana untuk membuat site survey bagi pemasangan pemancar tv untuk liputan setempat. Ini kerana sebahagian penduduk Jeli dan Dabong masih belum mendapat siaran TV. Untuk menyalurkan maklumat kerajaan maka pihak RTM bercadang untuk memasang pemancar TV di site tersebut. Kunjungan ke tapak memberi petanda baik kerana infra seperti tower ada dengan bekalan kuasa yang mencukupi. Cuma pihak kami perlu memasang kabin baru memandangkan pihak Telco telah menduduki kabin sedia ada.

Itulah pemancaran teknologi FM atau frekuency Modulation adalah terbatas dengan line-of-sight. Bermakna jika ada halangan antara puncar RF dengan kwasan sasaran maka kawasan tersebut akan tehalang dari menerima isyarat. Dengan itu pemancar baru perlu dibina untik memberi perkhidmatan di kawasan tersebut. berbanding dengan teknologi AM amplitude yang bergerak mengikut permukaan bumi isyarat boleh sampai walaupun dikaki gunung. Bagaimanapun dari segi kualiti susran AM lebih burok berbanding FM. Ini kerana gangguan boleh berlaku dengan meningkatkan amplitude isyarat menyebabkan isyart tercemar dan menghasilkan kualiti bunyi yang teruk. Bagi FM isyarat tidak terganggu kerana amplitude yang tetap walaupun cubaan untuk memasuki gelombang RF. Ini kerana ayunan modulasi FM yang mmengubah frekuensi bulan amplitud.

Pemancar FM memerlukan kuasa yang rendah berbanding AM. ianya juga memerlukan saiz tapak yang kecil berbanding AM. Dengan itu pemasangan pemancar FM boleh menjimatkan wang dari segi bayaran elektrik berbanding pemancar AM.

Namun begitu era FM akan juga berakhir dengan pengenalan pemancar radio digital seperti juga tv digital dvb-t. Antara teknologi pemancar digital radio ialah dab+, dab, drm, eureka 147, hdradio, dmb dan lain-lian lagi.

0 comments